Honda N-VAN 2024, spesifikasi dipertingkat, ada varian istimewa STYLE + NATURE

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-VAN FUN 2024
Honda N-VAN FUN 2024
Selain N-BOX, Honda mempunyai beberapa lagi kereta mini (kei-car) berkotak termasuk N-VAN yang diperkenal pada 2018.

Berbeza dengan siri N lain dan seperti namanya model ini adalah sebuah van yang boleh digunakan untuk membawa penumpang dan barangan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Honda memilih N-VAN untuk dijadikan kenderaan elektrik (EV) dengan nama N-VAN e:.

Terbaru Honda memperkenalkan N-VAN 2024 dengan spesifikasi yang dipertingkat termasuk varian istimewa STYLE+ NATURE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Honda N-VAN FUN 2024

 

Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE dan 660 cc turbo khusus untuk FUN Turbo.

Honda menawarkan kotak gear CVT atau manual enam kelajuan (kecuali FUN Turbo dan FUN STYLE+ NATURE).

Kesemua varian boleh dipadan bersama pacuan roda depan (FF) atau empat roda (4WD).

Enjin biasa menghasilkan 53 ps pada 6,800 rpm dan tork 64Nm pada 4,800 rpm. Versi turbo lebih bertenaga dengan 64 ps pada 6,000 rpm dan tork 104Nm pada 2,600 rpm.

 

 Honda N-VAN L 2024

 

Untuk teknologi bantuan pemanduan, sistem Honda Sensing N-VAN Fun, Fun Turbo dan FUN STYLE+ NATURE CVT ditawarkan fungsi sekatan pecutan mendadak.

N-VAN L, FUN Turbo dan FUN STYLE+ NATURE dilengkapi ciri penuh Honda Sensing. 

Di antaranya Sistem Brek Pencegahan Kemalangan (CMBS), Pencegahan Penukaran Lorong, Sistem Pengekalan Lorong (LKAS), Kawalan Suai Pandu (ACC) dan pelbagai lagi.

Varian CVT lain juga dilengkapi Honda Sensing yang sama kecuali model manual tanpa ACC, LKAS, Sekatan Tersalah Mula Pandu dan Mengundur.

 

Honda N-VAN L 2024

 

Dari segi kebolehgunaan, N-VAN mempunyai luang yang lapang dan mudah untuk digunakan. Perhatikan bahagian sisi penumpang tanpa tiang tengah.

Kelengkapan N-VAN G dan L 4WD dipertingkat dengan cermin sisi yang mempunyai fungsi pemanas bagi menghilangkan kabus dan titisan air. 

Honda menambah dua warna untuk N-VAN Fun iaitu Autumn Yellow Pearl yang menyerlah dan Botanical Green Pearl yang sesuai untuk diubah suai kepada kenderaan kegiatan luar.

Varian istimewa FUN STYLE+ NATURE pula model keempat dari siri "N STYLE+ Honda dan diperkenal sempena ulang tahun ke-10 siri N.

Varian ini dibuat dengan konsep gaya hidup kegiatan luar yang disebatikan dengan alam sekitar.

 

Honda  N-VAN FUN Special Edition STYLE+ NATURE 2024

 

Bahagian luar dilengkapi perkakasan hitam kusam dan hitam piano seperti panel jeriji, pemegang dan bingkai pintu dan penutup rim dalam warna perak dan hitam.

Bahagian dalam menggunakan tema khaki yang menyerlah sisi berbeza N-VAN.

Honda N-VAN mula dijual secara rasmi pada 19 April dan ditawarkan dari 1,365,100 yen (RM42,089) bagi varian asas G FF sehingga  2,016,300 yen (RM62,171) untuk Fun Turbo 4WD.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda N-VAN FUN Special Edition STYLE+ NATURE

 

Berita Berkenaan

Berita Global
N-VAN sudah pun ditawarkan di Jepun sebelum ini dan walaupun ditukar kepada EV masih mengekalkan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…