Acura Integra Type S 2024 rasmi - 'kembar' Civic Type R, 320 hp, 420 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Amerika Syarikat kini menerima sebuah lagi model berprestasi tinggi berupa sedan sport Acura Integra Type S 2024, tidak seperti Civic Type R yang membawakan reka bentuk hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp @ 6,500 rpm, dan daya kilas 420 Nm @ 2,600-4,000 rpm - menjadikannya Integra yang paling berkuasa.

Transmisi yang ditawarkan hanyalah manual enam nisbah kelajuan yang dipadankan dengan ciri rev-match dan pembeza gelincir terhad (LSD).
 

Type S


Sistem suspensi adaptif yang dibekalkan membolehkan pemandu memilih sehingga tiga tetapan iaitu Comfort, Sport dan Sport+, dibantu dengan bar pengimbang hadapan setebal 29 mm.

Aspek pemberhentian jentera ini diserahkan kepada sistem brek Brembo dengan angkup monobloc empat omboh dan sistem penyejukan khas.

Sama seperti Civic Type R, Acura Integra Type S dipadankan dengan rim bersaiz 19 inci dengan balutan tayar Michelin Pilot Sport 4S.
 

Type S


Membezakannya dengan Integra biasa ialah kehadiran panel baharu yang merangkumi muka hadapan yang dikemaskini, bampar lebih agresif, hud aluminium, fender yang lebih lebar, sementara bahagian belakang menampilkan diffuser dan tiga tip ekzos yang keluar pada bahagian tengah.

Untuk ruang kabin, ia diserikan dengan tempat duduk sports, skrin kluster instrumen 10.2 inci, skrin infohibur bersaiz sembilan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, skrin paparan head-up, sistem audio ELS Studio 3D dengan 16 pembesar suara dan pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

Terdapat beberapa aksesori sporti yang turut ditawarkan termasuklah spoiler lip belakang dan perumah cermin sisi daripada bahan gentian karbon, rim kemasan tembaga 19 inci, serta tidak ketinggalan tombol gear titanium.
 

Type S


Setakat ini, harga jualan rasmi masih lagi belum didedahkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda tidak kisah berbelanja lebih, dapatkan sahaja model Acura Integra Type S 2024 di mana ia…