Acura Integra yang diubah suai dengan kemas, gaya AS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Acura Integra Project - Sara Choi
Acura Integra Project - Sara Choi
Acura Integra baharu diperkenal pada Mac 2022 selepas lama tiada pengganti atau lebih tepat ditamatkan pada 2006.

Pada masa itu ia dikenali sebagai Acura RSX dan dijenamakan semula dari Honda Integra DC5.

Selepas diperkenalkan, Acura Integra baharu menjadi topik perbualan hangat dan tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah panjang dan ramai peminat.

Sebagai model yang asalnya sebuah Honda, Acura Integra mempunyai potensi untuk diubah suai dan ini yang ditunjukkan melalui Integra Sara Choi yang serba putih.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Acura Integra Project - Sara Choi

 

Integra ini diubah suai oleh Tony Star Performance dan dibawa ke pelbagai pameran dan acara kenderaan di Amerika Syarikat (AS).

Enjin 1.5 liter VTEC Turbo diubah suai secara ringkas dengan komponen berprestasi dari Greddy seperti intercooler dan pendingin minyak. Ekzos asal turut diganti dengan set baharu.

Bahagian luar Integra ini langsung berbeza daripada model standard dan menariknya kit badan lebar direka oleh Walter Kim dan Sara Choi sendiri.

Set itu merangkumi bampar depan, lips, fender depan dan belakang lebar, skirt sisi dan spoiler yang mengingatkan kepada model Type R terdahulu.

 

Acura Integra Project - Sara Choi

 

Dari tepi, jika ada yang perasan rekaan visor tingkap seperti biasa dilihat pada kereta Honda. Tidak lain dan tidak bukan, visor tersebut dari Mugen.

Integra ini dibalut pelekat Inozetek Super Gloss Pearl White dan hasil kerja Everlasting Wraps.

Tema putih dan kemas pada Integra ini memang menjadi dan tipikal untuk projek ubah suai dari AS.

Badan warna putih dipadankan rim Advan RSDF saiz 19 x 10 inci dengan ofset 25 dan 19 x 10.5 inci dengan ofset 15.

 

Acura Integra Project - Sara Choi

 

Rim itu dibalut tayar jenama Korea, Nexen Sport R dengan saiz 245/40/19 dan 275/35/19 dan badan kereta direndahkan dengan suspensi Tein Flex Z.

Pada bahagian dalam, kerusi asal diganti dengan set Evasive Motorsports x Bride Zeta IV.

Stereng diganti dengan Dogfight Race Pro 350mm, quick release dari Battle Craft Hyper dan tombol gear bentuk air mata (tear drop) juga dari Battle Craft Hyper.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Acura Integra Project - Sara Choi

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Berita Global
Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp…
Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…