Acura Type S Concept - sedan Honda yang minimalis dan sporti

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, sedan-sedan yang pernah dihasilkan oleh Honda suatu ketika dahulu memang tidak lapuk ditelan zaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja pada Civic FD, atau reka bentuk Civic EJ yang ringkas itu, ataupun sedan khas untuk Eropah, Accord Euro R yang seksi itu. 

Namun, semenjak Civic dan Accord generasi baharu beralih arah menjadi sebuah sedan dengan reka bentuk fastback yang kini menjadi arus perdana, rekaan sedan Honda dilihat sedikit 'membosankan'. 
 


Jadi, untuk membuktikan bahawa Honda sememangnya mampu menghasilkan sebuah sedan yang cantik dan nampak pantas, mereka menerusi divisyen mewah Acura telah memperkenalkan Type S Concept minggu lalu. 

Direka berdasarkan falsafah "Precision Crafted Performance", konsep yang dibawakan ini cukup menarik, tampak lebih garang dan dalam masa yang sama tampil lebih ringkas tanpa sebarang kit badan yang tidak bersesuaian.

Acura Type S membawakan rekaan gril Diamond Pentagon yang diapit dengan lampu utama LED Jewel Eye dan lampu nyalaan siang 'Chicane'. 
 


Kemasan bumper hadapan lebih ringkas diteruskan dengan bukaan liang udara yang besar di kiri dan kanan sebelum diakhiri dengan penggunaan splitter daripada gentian karbon.

Reka bentuk sporty itu diteruskan dengan penggunaan hud yang lebih panjang, garis bumbung yang lebih dinamik dan rekaan fender belakang yang muskular. 

Di bahagian belakang, terdapat spoiler gentian karbon bertenggek di atas bonet, lampu LED yang tajam dan tidak dilupakan, sistem ekzos sport dengan empat tip dan diffuser yang turut diperbuat daripada gentian karbon.
 


Acura walaubagaimanapun tidak mendedahkan perincian berkenaan aspek kuasa namun ketika mereka mengumumkan perancangan untuk menghidupkan semula nama Type S, nadi V6 turbo antara yang menjadi pilihan. 

Enjin V6 berprestasi tinggi itu akan dipadankan dengan sistem pacuan Super Handling AWD yang terbaharu dari Honda. 

Tarikh pengenalan model produksi pula masih belum ditetapkan, akan tetapi dalam masa dua tahun diberitakan dua varian Type S akan dilancarkan oleh Honda. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Integra Type S dikatakan bakal menggunakan nadi yang sama dengan Honda Civic Type R FL5    …