Adakah ini bayangan generasi baharu Toyota MR2?

oleh Mohamad Hanif|
Nampak cantik bukan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bukanlah bayangan sebenar generasi baharu Toyota MR2 - kereta sports enjin midship - yang telah pun terhenti sejak generasi ketiga pada tahun 2007, akan tetapi ia sekadar interpretasi moden terhadap kereta sports itu daripada artis Rain Prisk.

Sekali imbas, ternyata pendekatan yang dibawakan menampakkan 'Toyota MR2' ini lebih mahal dan agak futuristik, dan dengan penggunaan trenkuasa yang bersesuaian, ia dilihat mampu menaikkan kembali nama MR2 ke mata dunia.

Semua sudah sedia maklum, keluarga Gazoo Racing kini sudah pun terdiri daripada barisan GR Supra, GR Yaris, dan GR 86 yang baharu sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Timbul satu persoalan, adakah Toyota akan membangkitkan kembali Toyota MR2 generasi baharu bagi melengkapkan keluarga The Three Brothers (Supra, 86, MR2) seperti yang disebutkan sebelum ini?

Hal ini turut disentuh sendiri oleh ketua jurutera Tetsuya Tada beberapa tahun yang lalu, di mana mereka melahirkan niat mahu bekerjasama dengan Porsche untuk membangunkan generasi baharu kereta sports berenjin belakang.

Namun, projek pembangunan Toyota MR2 ini bukanlah satu keutamaan bagi Toyota pada ketika ini, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Eksekutif Jualan Toyota Eropah, Matt Harrison.

Sumber: Rain Prisk

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Namun, pengeluar gergasi Jepun itu dilaporkan bakal hadir dengan sebuah lagi produk kereta sports…
Berita Global
Toyota GR Supra sudah pun dilancarkan, manakala generasi baharu 86/BRZ sedang dalam pembikinan.…