Pengganti Toyota MR2 dijangka muncul 2026, enjin tiga silinder GR Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing kini mempunyai barisan model kereta sports yang cukup ampuh berbanding pesaing-pesaingnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch lima pintu GR Corolla.

Sudah cukup lengkap? Belum lagi, ini kerana dalam tempoh dua tahun dari sekarang, Toyota akan melancarkan sebuah model kereta sports berenjin tengah sebagai pengganti kepada model MR2/MRS.

 


Menurut laman Best Car Web, pengganti kepada MR2/MRS ini akan berkongsi banyak komponen daripada GR Yaris termasuklah enjin G16E-GTS dengan kuasa mencecah 320 PS dan daya kilas 412 Nm.

Sama seperti GR Yaris sedia ada, kereta sports baharu ini juga akan turut ditawarkan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik lapan nisbah kelajuan, sementara harga jualan pula dianggarkan bermula dari 10 juta yen (RM319 ribu).

Khabar angin tentang kemunculan pengganti kereta sports berenjin tengah MR2 telah pun lama bertebaran atas muka bumi, sejak Toyota menamatkan penjualan model MR-S pada tahun 2007.
 

Sports EV


Jika anda masih ingat, penghujung tahun 2021 Toyota memperlihatkan barisan model kenderaan elektrik (EV) yang bakal membarisi portfolio produk beyond Zero (bZ) pada masa akan datang.

Salah satu model yang dipamerkan ialah Sports EV, di mana ia telah berevolusi menjadi model FT-Se (gambar utama) seperti yang dipamerkan pada Japan Mobility Show 2023.

Buat masa ini, tidak jelas lagi perancangan Toyota sama ada akan terus menghasilkan model kereta sports berkuasa elektrik penuh, atau memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli model berenjin pembakaran dalaman.

Sumber: Best Car Web JP

 

Imej Janaan Komputer Pengganti Toyota MR2 oleh Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, pengeluar gergasi Jepun itu dilaporkan bakal hadir dengan sebuah lagi produk kereta sports…
Berita Global
Ini bukanlah bayangan sebenar generasi baharu Toyota MR2 - kereta sports enjin midship - yang telah…
Berita Global
Toyota GR Supra sudah pun dilancarkan, manakala generasi baharu 86/BRZ sedang dalam pembikinan.…