Ahmad Maslan - Aduan MyJalan bukan hanya jalan Persekutuan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Aduan kerosakkan jalan yang diterima aplikasi MyJalan yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bukan setakat untuk jalan Persekutuan tetapi merangkumi beberapa jalan di bawah agensi lain.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jalan-jalan tersebut termasuk jalan negeri, jalan bandaran, jalan luar bandar dan jalan-jalan pertanian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, aduan yang diterima akan disalurkan kepada agensi terlibat seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ( KKDW), Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), Jabatan Pertanian atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kami mengambil maklum aduan orang ramai yang disalurkan menerusi media sosial mengenai jalan yang rosak.

“Setiap aduan akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam bagi jalan-jalan di bawah JKR dan konsesi penyelenggaraan jalan selain berharap agensi lain juga dapat menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian ketika ditemui selepas melawat rumah mangsa kebakaran R Azmi @ Adon Abdul Rahman di Kampung Parit Wak Jabir, di Benut.

Pada 4 Disember lalu, KKR menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 November lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,435 ialah aduan berkenaan jalan seliaan KKR dan 4,005 adalah di bawah tanggungjawab pihak berwajib yang lain.

Menerusi Belanjawan 2024, KKR bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.8 bilion yang disediakan untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan di laluan Jalan Persekutuan selari hasrat KKR untuk terus memperkasakan kempen MYJalan

Justeru, beliau meminta orang ramai memuat naik aplikasi MyJalan di telefon pintar masing-masing bagi memudahkan mereka membuat aduan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah…
Berita Domestik
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi…
Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…