Aidilfitri: ANIH jangka lebih 3 juta kenderaan guna KL-Karak, LPT1

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad menjangkakan peningkatan jumlah trafik lebih tiga juta kenderaan ke Pantai Timur bermula 19 April 2023 hingga 21 April 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sehubungan dengan itu, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) itu telah menerbitkan jadual Cadangan Perjalanan (TTA) untuk tempoh 19 April hingga 1 Mei 2023.

Ini berikutan cuti perayaan Aidilfitri pada tahun ini bersambung dengan cuti persekolahan dan juga cuti umum Hari Buruh yang jatuh pada hari Isnin.

ANIH juga turut menjangkakan kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur bermula dari 24 April dan 30 April hingga 1 Mei 2023.
 

ANIH


Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berharap para pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan di musim perayaan, memandangkan terdapat jangkaan aliran trafik meningkat kepada lebih tiga juta kenderaan di KLK dan LPT1.

Edaran jadual TTA juga akan dibuat di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong pada 16 April ini, serta hantaran di laman media sosial ANIH Berhad untuk rujukan pengguna.

UNtuk mengurangkan kesesakan, ANIH akan meningkatkan usaha termasuk menambah 30 peratus bilangan kakitangan sokongan di plaza tol, menempatkan 140 anggota RELA di beberapa kawasan strategik dan meningkatkan jumlah petugas ronda sebanyak 20 peratus.

Selain itu, ANIH turut mendapat kerjasama daripada pasukan respons kecemasan (ERT) seperti St John Ambulance, Bomba dan Polis.

Pengguna diingatkan supaya memastikan baki e-Wallet dan kad TnG mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan baki tidak mencukupi di plaza tol.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…