Aidilfitri: Pemilik EV Smart dapat diskaun 30% untuk pengecasan dari 6 hingga 14 April

oleh Penyumbang Rencana|
Berita baik kepada pemilik Smart #1, mereka akan menerima diskaun 30% pengecasan di seluruh negara.

Bagi mendapatkan diskaun 30% pengecasan ini, pemilik Smart #1 perlu menggunakan aplikasi Hello Smart App bagi mengakses dan mengaktifkan pengecasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan aplikasi pengecasan lain.

Antara pengecasan yang disokong adalah Gentari, Jomcharge, dan juga ChargEV.

Terdapat lebih 400 lokasi pengecasan yang boleh diaktifkan menggunakan aplikasi ini.

Sebagai contoh pengiraan berdasarkan pengalaman pemanduan saya yang terdahulu, sekiranya kos pengecasan DC di Bukit Gantang selama 23 minit adalah sebanyak RM30, bayaran selepas diskaun 30% adalah pada harga RM 21.

Promosi diskaun 30% pengecasan ini berlangsung selama sembilan hari dari 6 hingga 14 April 2024.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Berkongsi di Facebook, Zairul berkata, kisah itu bermula apabila dia menggunakan aplikasi Google…
Informasi
Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…