Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu berikutan kawasan terbabit sepanjang satu kilometer dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter.
Hujan lebat berterusan menyebabkan semua lorong di kedua-dua hala ditutup kepada semua kenderaan.
"Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya," katanya.