JAMBATAN BAILEY - KEJURUTERAAN TENTERA YANG MEMBERI MANFAAT PADA RAKYAT

oleh Firdaus Razani|
Jambatan Bailey merupakan sejenis jambatan kekuda besi pasang siap yang direka agar ia mudah dipasang menggunakan kudrat manusia tanpa menggunakan sebarang jentera dan ringan tetapi cukup kuat untuk digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang Dunia Kedua dan kejuruteraanya untuk jambatan ini masih digunakan sehingga kini.

 

jambatan bailey

 

Dengan wujudnya jambatan bailey ini, ia dapat menghubungkan jalan raya yang terputus dengan cepat oleh kerana sifatnya yang mudah alih untuk dipasang siap dan pengguna jalan raya boleh menggunakan segera.

Selain dari sifatnya yang mudah alih, komponen-komponen yang ringan juga salah satu faktor penting dalam sifatnya kerana ia mudah diangkut dengan lori dan boleh segera dipasang sebelum situasi semakin teruk.

 

jambatan bailey

 

Didalam situasi peperangan, ianya amat penting kerana perlu bertindak segera untuk memulihkan semula rangkaian pengangkutan jalan raya.

Selain digunakan dalam peperangan, jambatan Bailey juga digunakan sebagai jambatan sementara bagi menghubungkan jalan raya yang terputus rangkaian akibat situasi banjir atau lain-lain.

 

jambatan bailey

 

Misalnya pada situasi terkini, menurut Berita Harian pada 18 Januari 2024, bagi menghadapi musim tengkujuh dan banjir, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memasang tiga jambatan bailey di tiga negeri sejak November lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata jambatan bailey pertama yang siap dipasang ialah di Melaka pada 21 November tahun lalu, disusuli di Jeli, Kelantan pada 9 Januari lalu.

 

jambatan bailey

Manakala, pemasangan jambatan bailey ketiga adalah di Jalan Kuantan-Segamat-Pekan yang bermula pada 11 Januari lalu dan hanya mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

Kebiasaanya tempoh yang diambil untuk memasang jambatan bailey adalah antara lima dan tujuh hari.

 

SUMBER : Blog Jalanraya , Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baca disini. (Maklumbalas JKR) Hari ini, JKR mengumumkan kerja pembaikan kerosakan plat keluli…
Berita Domestik
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper…
Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…