Akio Toyoda sahkan GR BEV sedang dibangunkan, lengkap transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam laporan terdahulu, Careta ada memetik berita di mana Toyota mahu memperkenalkan kereta elektrik dengan kotak gear manual menjelang tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Idea tersebut mungkin sangat dialu-alukan oleh golongan petrolhead yang mahu berhijrah kepada kereta yang lebih mesra alam, dan tidak disangka berita gembira tersebut turut disahkan sendiri oleh bekas CEO Toyota, Akio Toyoda.
 

GR


Bercakap kepada laman Autocar, beliau yang lebih dikenali dengan nama samaran Morizo itu menjangkakan kereta sports elektrik itu mestilah sekurang-kurangnya sedap untuk dipandu seperti barisan jentera yang ada (GR86, GR Supra, GR Yaris, GR Corolla).

Lebih menarik apabila salah satu objektif yang mahu dicapai ialah kereta sports elektrik tersebut perlulah mempunyai kotak gear manual, lengkap dengan pedal klac, serta mempunyai 'bunyi bising enjin' walaupun tiada sebarang bauan petrol.
 

GR


"Perbezaan yang besar antara model baharu ini dengan BEV lain ialah, apabila anda berada di dalam sebuah GR BEV, anda boleh mendengar bunyi bising enjin biarpun pada masa itu anda tidak menghidu bau gasolin," ujarnya.

Beliau ternyata mahukan EV berprestasi masa depan mempunyai karakteristik yang sama seperti kereta sports konvensional, sehinggakan sukar untuk membezakan sama ada kereta tersebut sebuah ICE atau EV.
 

Lexus


Sebelum ini, Toyota menerusi divisyen mewahnya Lexus telah memperlihatkan sebuah model konsep Lexus Electrified Sport Concept yang dijanjikan sebagai pengganti sebenar Lexus LFA, dengan ciri-ciri seperti transmisi manual, tiga pedal, serta prestasi pecutan 0-100 km/j dalam julat dua saat dan jarak gerak sejauh 700 km.

Tidak dilupakan, Toyota juga pernah tampil dengan konsep yang serupa menerusi projek AE86 Neutral Carbon, di mana salah sebuah daripada Hachiroku yang terlibat itu mempunyai trenkuasa elektrik pacuan roda belakang yang dipadankan dengan kotak gear manual!

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…