Toyota GR Yaris edisi Sébastien Ogier, Kalle Rovanperä rasmi di Jepun, 100 unit setiap satu

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GAZOO Racing kini merupakan satu nama yang cukup gah di persada dunia, terutama dalam sukan permotoran.


MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba, kita mungkin sekali tidak akan merasai kepakaran Toyota dalam menghasilkan kereta sports generasi moden.

Sebagai satu cara meraikan kejayaan di dalam sukan rali, Toyota kini melancarkan dua buah model GR Yaris edisi terhad yang merujuk kepada pelumba rali Toyota GAZOO Racing World Rally Team (TGR-WRT), iaitu Sébastien Ogier dan Kalle Rovanperä.

Selain input yang datang daripada Morizo itu sendiri, kedua-dua unit GR Yaris itu turut diberikan talaan pada sistem pacuan semua roda GR-FOUR berdasarkan input daripada dua pelumba yang disebutkan tadi.

 

GR Yaris RZ Sébastien Ogier Edition

GRY


Dari segi luaran, GR Yaris edisi Sébastien Ogier ini diberikan warna Matte Stealth Gray, pelekat peringatan kemenangan WRC pada fender kiri kanan, kemasan bendera Perancis pada jeriji, pelekat Toyota GAZOO Racing pada bahagian pintu, serta logo Ogier Edition.

Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim aluminium BBS bersaiz 18 inci, diikuti dengan angkup brek berwarna biru, serta tidak ketinggalan spoiler spesifikasi rali CFRP.

Untuk ruang kabin pula, terdapat plak peringatan kemenangan WRC pada papan pemuka, skrin paparan TFT, kemasan jahitan biru, kelabu dan merah pada roda stereng, serta kemasan jahitan kelabu pada tempat duduk.
 

MORIZO


Eksklusif untuk GR Yaris versi Ogier ini ialah dua mod baharu GR-FOUR yang menggantikan mod Gravel dan Track, iaitu mod MORIZO dan mod SEB.

Mod pemanduan MORIZO diambil bersempena dengan corak pemanduan yang digemari oleh Akio Toyoda, di mana ia mementingkan tahap cengkaman dan prestasi membelok yang lebih tinggi.

Sementara mod SEB. pula direka untuk menghantar agihan daya kilas yang lebih kepada gandar belakang, dan dalam masa yang sama meningkatkan respons dan kawalan pada kelajuan tinggi.

 

GR Yaris RZ Kalle Rovanperä Edition

GRYU


Berbeza dengan GR Yaris edisi Ogier, GR Yaris edisi  Kalle Rovanperä  pula dilayangkan liveri perlumbaan tiga warna yang eksklusif, kemasan pelekat peringatan kemenangan dan pelekat Toyota GAZOO Racing, serta logo Rovanperä Edition pada bahagian belakang.

Ia juga turut dipadankan dengan set rim aluminium BBS bersaiz 18 inci, tidak ketinggalan spoiler belakang CFRP yang dipinjam daripada Yaris GRMN.

Kemasan dalaman untuk ruang kabin juga adalah hampir sama dengan kembarnya, seperti lencana peringatan kemenangan WRC, skrin paparan TFT GR, diikuti jahitan biru dan kelabu pada roda stereng.
 

kalle


GR Yaris edisi Kalle Rovanperä turut mendapat mod pemanduan baharu, iaitu mod DONUT dan mod KALLE.

Mod DONUT dibangun berdasarkan kepakaran Rovanperä dalam melakukan pusingan donat dan pemanduan menggelongsor (drift).

Mod KALLE pula akan memaksimumkan penggunaan pembeza kelajuan malar belakang untuk 'menggalakkan' pemanduan menggelongsor sepanjang selekoh, dan dikatakan mampu untuk menyumbang kepada masa pusingan yang lebih pendek.
 

GRY


Setiap satu versi GR Yaris ini akan diproduksikan sebanyak 100 unit sahaja, dan sayang sekali kedua-dua model tersebut hanya eksklusif untuk pasaran Jepun buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak asing lagi, Toyoda atau dikenali dengan nama Morizo merupakan seorang yang aktif dan…
Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…