AkzoNobel kekal jadi pembekal cat rasmi jentera F1 McLaren Racing untuk musim 2021

oleh Mohamad Hanif|
Jentera lumba Formula One McLaren Racing untuk musim perlumbaan 2021 sekali lagi menampilkan salutan cat berprestasi tinggi daripada AkzoNobel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai rakan kerjasama bagi pembekal cat dan lapisan rasmi, AkzoNobel bukan sahaja membekalkan produk kemasan akhir Sikkens untuk dilayangkan pada jentera MCL35M, malah ia juga turut diperluaskan kepada pengangkutan, garaj, serta aksesori pasukan tersebut.

Selain daripada itu, AkzoNobel juga turut membekalkan produk perlindungan haba Intertherm 50 untuk digunakan pada komponen kritikal seperti enjin dan ekzos.

Menurut Patrick Bourguignon selaku pengarah perniagaan Automotive and Specialty Coatings AkzoNobel menjelaskan, "kami berasa amat berbangga dapat melanjutkan lagi kerjasama dengan McLaren Racing yang dipacu oleh kolaborasi, inovasi serta pencapaian berprestasi tinggi.

 


"Semangat dan dedikasi pasukan F1 McLaren mendorong kami untuk terus memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial McLaren Racing, Mark Waller menambah, "kerjasama yang telah terbentuk lebih daripada sedekad, dan semangat AkzoNobel untuk terus meneroka dan berinovasi selaras dengan matlamat pasukan kami.

Untuk musim perlumbaan 2021, McLaren akan meneruskan momentum yang dicapai menerusi kempen tahun lalu, di mana mereka berjaya menghabiskan kedudukan di tempat ketiga, dan tugas itu akan disandang oleh pelumba Daniel Ricciardo dan Lando Norris.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil tinjauan mendapati 22 peratus responden memilih warna hitam, 21 peratus memilih warna putih…
Berita Global
Merangkumi sehingga 44 lokasi, perjanjian tersebut menandakan bahawa jenama cat premium seperti…