Lebih 60 peratus pembeli kereta baharu gemar warna hitam, putih dan kelabu

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh AkzoNobel selaku syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka, lebih daripada 60 peratus pemilik kenderaan baharu lebih gemar memilih tiga warna ini - hitam, kelabu atau putih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasil tinjauan mendapati 22 peratus responden memilih warna hitam, 21 peratus memilih warna putih dan 19 peratus memilih warna kelabu.

Warna hitam merupakan antara warna pilihan disebabkan ia melambangkan kuasa, cita-cita dan kemewahan.

Ini dibuktikan dengan beberapa jenama automotif mewah seperti BMW dan McLaren, dan tidak ketinggalan pengeluar kereta nasional negara, Proton menerusi model Proton Saga Edisi Ulang Tahun yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu.

 


Warna putih pula lebih cenderung dikaitkan dengan kesucian dan kebersihan, dan cirinya yang tidak mudah menyerap haba cahaya matahari memastikan kenderaan anda tidak terlalu panas terutama di bawah sinaran mentari yang terik.

Warna putih juga dikatakan mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

Warna yang dianggap sebagai diplomatik adalah warna kelabu di mana ia merupakan keseimbangan di antara warna hitam dan putih.

Individu yang memandu kereta kelabu cenderung untuk menjadi insan yang sederhana, rendah hati, dan senang bergaul dengan orang ramai.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebagai rakan kerjasama bagi pembekal cat dan lapisan rasmi, AkzoNobel bukan sahaja membekalkan…
Berita Global
Merangkumi sehingga 44 lokasi, perjanjian tersebut menandakan bahawa jenama cat premium seperti…