Alami pengalaman rali Mitsubishi Triton Champion Xperience, 24-25 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Rakyat Malaysia terutama para peminat dan pelanggan jenama Mitsubishi adalah dialu-alukan untuk merasai sendiri pengalaman rali di dalam trak pikap Mitsubishi Triton sepanjang hujung minggu ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Acara Mitsubishi Triton Champion Xperience akan diadakan di Tanamera Experience, Shah Alam pada 24 hingga 25 Jun ini, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
 



Diinspirasikan daripada kejayaan di Asia Cross Country Rally (AXCR), Mitsubishi Motors akan memperlihatkan kelebihan Triton dari segi pengendalian, kekukuhan, kuasa dan kebolehpercayaan menerusi sesi taxi ride dan pemanduan off-road yang direka khusus untuk menguji sistem Super-Select 4WD II dan mod off-road (Gravel, Sand, Muddy, Rock).

Mereka yang berjaya mendaftara awal menerusi laman web INI akan berpeluang untuk mendapat baju T-Shirt Champion Xperience eksklusif, kad tambah nilai TnG RM20, dan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa beg North Face EXPLORE BARDU II.

 


Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah Triton sepanjang tempoh acara berlangsung akan menikmati promosi eksklusif sah sehingga 30 Jun 2023, dan menerima barangan berupa tumbler Stanley.

Untuk pasaran Malaysia, trak pikap Triton dijual pada harga bermula dari RM105,000 sementara XPANDER pula bermula dari RM99,980 (atas jalan tanpa insurans).

 


Baca: Kami korek rahsia Triton AXCR di Thailand

Baca: Mitsubishi XRT Concept @ BIMS

Baca: Mitsubishi dedah gambar acah Triton generasi baharu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…