Alfa Romeo GTV baharu bakal muncul - tapi dalam versi EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Alfa Romeo nampaknya akan menghasilkan barisan model-model Plug-In Hybrid (PHEV) dan elektrik (EV) dalam usahanya untuk bangkit semula.

Di bawah kepimpinan Kumpulan Stellantis (PSA, Fiat dan Chrysler), jenama romantik dari Itali itu akan mempunyai tujuh model EV baharu dan ia bakal diterajui oleh model Alfa Romeo yang paling ikonik. GTV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Autocar, perancangan itu akan membuatkan Alfa Romeo kembali relevan ke dunia automotif dan GTV akan menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 dan BMW i4.

Varian PHEV juga akan dihasilkan tetapi rekabentuk GTV baharu itu masih belum diputuskan. Yang pasti, antara cadangan yang ada ialah sebuah coupe dua pintu dengan gaya retro dan sebuah coupe empat pintu ala BMW Grand Coupe.

Dengan berada di bawah payung Stellantis, Alfa Romeo boleh menggunakan platform-platform yang ada dari kesemua jenama-jenama tersebut.

Antaranya ialah platform STLA yang sebenarnya adalah platform CMP milik Peugeot dan digunakan untuk model Peugeot 2008, Citroen C4 dan lain-lain.

Alfa Romeo akan menghasilkan sebuah SUV kompak Brennero dengan platform tersebut dan ia bakal menjadi EV pertama Alfa Romeo dengan sebuah motor elektrik 100kW pada gandar hadapan dan bateri 45kWh untuk perjalanan sejauh 320 km bagi sekali caj.

Model-model EV yang lain dari Alfa Romeo termasuklah Tonale (SUV) dan kereta kompak Mito. 

Adalah Alfa Romeo akan kembali gah seperti dahulu? Kita nantikan sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…