Stellantis dedah platform STLA Large, untuk kereta ICE atau EV, jarak gerak 800 km

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis pada minggu lalu telah mendedahkan platform terbaharu STLA Large di mana pelantar ini akan menjadi asas kepada lapan buah model baharu yang bakal dilancarkan dalam tempoh dua tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model seperti kereta penumpang, crossover atau SUV di dalam segmen D dan E.
 

STLKA


Ini bermakna, Stellantis mampu menghasilkan kenderaan dengan ukuran panjang antara 4,764-5,126 mm, lebar 1,897-2,030 mm, jarak antara roda 2,870-3,075 mm dan jarak kelegaan tanah antara 140 hingga 288 mm.

Difahamkan, saiz diameter rim maksimum yang boleh dimuatkan pada kenderaan SLTA Large ialah sebesar 32 inci!

Platform baharu ini juga mempunyai potensi untuk menampung kuasa yang jauh lebih bertenaga berbanding enjin-enjin V8 Hellcat sedia ada.
 

STLA


Selain daripada kenderaan konvensional dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), platform STLA Large ini boleh dipadankan dengan senibina elektrik 400 atau 800 voltan, pilihan pek bateri berkapasiti 85 kWh hingga 118 kWh, dengan jarak gerak maksimum sejauh 800 km.

Menurut Stellantis, modul pacuan elektrik (EDM) tiga-dalam-satu itu boleh dikonfigurasikan kepada sistem pacuan roda depan, pacuan roda belakang, atau pacuan semua roda, dengan pecutan 0-100 km/j mampu dicapai sepantas dua saat!

Biarpun tidak diberitahu secara rasmi, terdapat kemungkinan besar platform baharu ini bakal menjadi asas kepada model kenderaan yang baharu seperti Dodge Charger, serta Jeep Wagoneer S.
 

STLA


Ini kerana Stellantis telah pun mengesahkan platform STLA Large ini bakal menyokong model-model berjenama Alfa Romeo, Chrysler, Dodge, Jeep, dan Maserati.

Dengan adanya empat platform global termasuklah Small, Medium dan juga Frame, Stellantis menyasarkan 100 peratus penjualan kereta elektrik di Eropah dan 50 peratus di Amerika Syarikat menjelang 2030.

Stellantis juga merancang untuk melancarkan sehingga 48 buah BEV di pasaran pada tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…