Alpha Ace - EV Coupe comel dari California

oleh Mohamad Hanif|
Kereta comel dengan penampilan retro moden di dalam artikel ini sebenarnya merupakan model terbaharu yang hadir dari Alpha Motor Corporation yang dinamakan sebagai Ace.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ia menampilkan rekaan berbentuk coupe dua pintu yang agak retro, dan memiliki dimensi yang lebih pendek berbanding sebuah Ford Fiesta, dengan dimensi panjang 4,191 mm.

 


Namun, dimensi yang pendek itu sebenarnya menawarkan lebih banyak ruang pengisian barang disebabkan ketiadaan trenkuasa konvensional, malah ruang 'enjin' hadapan juga turut dikhaskan untuk meletakkan barang.

Ruang di belakang pemandu juga dikatakan lebih sesuai digunakan untuk meletakkan barang berbanding penumpang.

 


Alpha Motor Corporation setakat ini tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi trenkuasa elektrik yang bakal dimuatkan pada kereta comel ini, namun mereka menjanjikan jarak operasi yang memadai untuk kegunaan harian.

Alpha Ace merupakan model kedua yang diperlihatkan oleh Alpha Motor Corporation selepas model Alpha Icon yang merupakan sebuah model kenderaan komersial yang boleh dijadikan sebagai sebuah van, SUV atau trak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Alpha Motors mendedahkan sebuah lagi model yang dinamakan sebagai REX dan diposisikan sebagai…
Berita Global
Namun, impian tersebut tidak menjadi kenyataan dan Saga Estate kini direalisasikan oleh pengeluar…
Berita Global
Secara kasarnya, SuperWolf merupakan trak pikap kabin berkembar yang membawakan pakej penggayaan…