Secara kasarnya, SuperWolf merupakan trak pikap kabin berkembar yang membawakan pakej penggayaan yang hampir serupa dengan varian-varian Wolf sedia ada.
Dari segi dimensi, SuperWolf membawakan ruang yang lebih luas, terima kasih kepada ukuran sepanjang 5,450 mm, lebar 1,995 mm dan tinggi 1,760 mm.
Secara perbandingan, SuperWolf jauh lebih panjang, namun lebih rendah berbanding trak pikap Hilux yang memiliki dimensi sepanjang 5,325 mm, lebar 1,855 mm, dan ketinggian 1,815 mm.
Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED, fender flare yang agak lebar, serta penawaran pelbagai jenis opsyen yang merangkumi lampu tambahan, pintu tubular, serta pelindung bed kargo.
Menurut Alpha Motor, SuperWolf memiliki keupayaan muatan sehingga 1,133 liter, namun bagi mereka yang mahukan ruang belakang yang lebih panjang boleh menempah komponen sambungan tambahan khas pada bed belakang yang mampu menambah 1,016 mm kepada ruang sedia ada.
SuperWolf mampu memecut sepantas 6.5 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada sistem pacuan empat roda, selain mampu bergerak sejauh sehingga 483 km dengan tenaga diperoleh daripada pek bateri berkapasiti 75 atau 85 kWh.