Alpha Wolf - trak pikap berkuasa elektrik, jarak operasi 443 km, 0-96 6.2 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Alpha Motor Corporation sebelum ini telah pun memperlihatkan beberapa buah model berkuasa elektrik, dimulakan dengan model Ace yang merupakan sebuah EV coupe, model kenderaan komersial Icon dan JAX, sebuah crossover off-road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat Alpha telah melancarkan sebuah trak pikap berkuasa elektrik yang dikenali sebagai Wolf.

Dari segi dimensi, Alpha Wolf membawakan ukuran yang sedikit kecil berbanding Ford Ranger, dengan panjang 4,775 mm, lebar 1,930 mm dan tinggi 1,676 mm sementara saiz bed kargo pula adalah sepanjang 1,651 mm yang mampu memuatkan sehingga 977 liter barangan.

 


Storan tambahan boleh didapati pada bahagian 'ruang enjin' hadapan yang kita lebih kenali sebagai frunk.

Alpha Wolf dibangunkan atas pelantar yang sama digunakan pada model JAX, dengan pek bateri berkapasiti 75-85 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 443 km, manakala motor elektrik pula boleh diposisikan pada gandar hadapan, atau didatangkan dengan konfigurasi pacuan semua roda.

 


Alpha turut mensasarkan pecutan dari 0-96 km/j mengambil masa sekitar 6.2 saat dan keupayaan menunda sehingga 1,360 kg, angka yang biasa didapati pada kebanyakan trak pikap saiz sederhana.

Alpha Wolf juga turut digambarkan mempunyai panel solar yang besar untuk melindungi bahagian bed trak, memberikan petunjuk bahawa ia boleh digunakan untuk mengecas bateri sekiranya terpaksa melakukan tugas di luar daripada rangkaian grid nasional.

 


Rupa luaran Alpha Wolf ini mengingatkan kita kepada model trak pikap  Toyota SR5 1985 yang digunakan oleh Marty McFly (Back To The Future) dengan kehadiran bar lampu bumbung serta rekaan keseluruhan yang masih mengekalkan elemen kotak.

Sementara ruang dalaman pula tampil minimalis dengan kehadiran dua skrin paparan berbentuk tablet, roda stereng yang ringkas, kehadiran slot pengecasan yang mencukupi serta ruang storan untuk penyimpanan barang.

 


Menurut Alpha, trak pikap elektrik Wolf ini disasarkan sebagai salah satu pilihan yang mampu milik di Amerika Utara, dengan harga jualan bermula dari $36,000 sehingga $46,000 (RM148,248-RM189,428).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Trak pikap Alpha Wolf yang hadir dengan warna biru gelap seakan Hilux PDRM ini akan dipamerkan di…
Berita Global
Wolf Plus merupakan sebuah trak pikap elektrik dengan kapasiti penumpang empat orang pada satu-satu…