Amazon mulakan operasi kurier dengan van elektrik comel dari Rivian

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat e-dagang multinasional yang berpengkalan di Seattle, Amazon kini memulakan operasi kurier di Los Angeles dengan menggunakan van elektrik yang dibina oleh syarikat pemula EV Rivian.

Sebelum ini, Amazon diberitakan telah menempah kira-kira 100,000 unit van elektrik dari Rivian, dan pada ketika ini syarikat itu menggunakan unit ujian untuk memastikan produk sebenar sesuai untuk digunakan untuk tujuan penghantaran barang.

Amazon tidak menyatakan berapa unit prototaip yang digunakan pada ketika ini, namun mereka mengesahkan ujian dalam dunia sebenar telah pun dilakukan semenjak empat bulan yang lalu.

 


Selepas Los Angeles, Amazon akan memperluaskan lagi kawasan penghantaran menggunakan van Rivian tersebut di 15 buah bandar sepanjang tahun 2021, selain mengubahsuai bangunan untuk menempatkan van elektrik tersebut serta memasang stesen pengecasan di Amerika Utara dan Eropah.

Van kurier Rivian yang digunakan jauh lebih maju berbanding van tradisional terdahulu, di mana ia menampilkan ciri bantuan pemanduan di lebuhraya, bantuan trafik, ciri pandangan 360 darjah, serta ruang kargo yang jauh lebih luas.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penghantaran lori FH Electric itu akan dilangsungkan sehingga hujung tahun ini walaupun Volvo…
Berita Global
Di India, pihak Amazon akan menghentikan segala penjualan produk yang mampu menyahaktif penggera…
Berita Global
Dan untuk itu, menurut CEO Amazon, Jeff Bezos berkata, syarikatnya mahu menempah kira-kira 100,000…