AMBANG TAHUN BARU 2024 - OPERASI REL DAN BAS TERPILIH DILANJUTKAN HINGGA 1.30 PAGI

oleh Firdaus Razani|
RAPID KL mengumumkan untuk melanjutkan waktu operasi perkhidmatan operasi rangkaian rel dan bas di beberapa lokasi sehingga jam 1.30 pagi, Ahad ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam satu kenyataan, pelanjutan tersebut adalah bersempena sambutan ambang tahun baru 2024 yang bakal tiba pada hari Ahad 31 Disember 2023.

Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL; 3 Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

Stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi adalah seperti berikut;

  • Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek
  • Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri
  • Laluan Monorel: Bukit Bintang
  • Laluan Kajang: Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri
  • MRT Laluan Putrajaya: TRX
  • BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan dan semua stesen pertukaran rel turun dilanjutkan operasi.

Beberapa laluan bas Rapid KL yang melanjutkan waktu perkhidmatan hingga 1.30 pagi adalah seperti berikut :

rapidkl

 

Perkhidmatan Bas Perantara MRT, laluan yang terlibatkan adalah :

rapidkl

 

Penumpang disaran menggunakan kad Touch n Go bagi kelancaran perjalanan dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau ketika menaiki bas.

Kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula jam 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.

Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seiring dengan pelancaran bas tersebut, satu upacara menandatangani perjanjian dengan Rapid Bus Sdn…
Berita Domestik
Semasa kejadian, Kapten Bas bertindak pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang…
Berita Domestik
Ini bermakna, hanya 55 peratus bas Rapid yang masih lagi aktif manakala selebihnya terdiri daripada…