BAS RAPID KL LALUAN 640 TERBAKAR, KAPTEN BAS DAN PENUMPANG SELAMAT

oleh Firdaus Razani|
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) mengesahkan kejadian kebakaran bas yang berlaku pada pagi ini berhampiran hentian bas Komersial Taman Seputeh sekitar jam 8.00 pagi, melibatkan sebuah bas Rapid KL laluan 640.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Semasa kejadian, Kapten Bas bertindak pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang sebagai langkah keselamatan apabila terlihat asap dari bahagian belakang bas. 

Ketika kejadian, terdapat tujuh orang penumpang di dalam bas.

Pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi. Kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan kenderaan membawa balik (kembalik) juga telah dihubungi untuk menunda bas terbabit.

Penumpang dan Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, kemudahan itu akan disediakan di tiga laluan ditetapkan dengan kekerapan setiap 10…
Informasi
Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna, seramai 2,731 petugas barisan hadapan Rapid KL…
Berita Domestik
"Van baharu itu dijangka akan diterima bermula bulan Disember 2024 dengan penambahan 30 van dan…