Angka-Tan Motor bakal lancar trak pikap JMC Vigus Pro 4x4

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama dengan Jiangling Motors Co. Ltd (JMC), Angka-Tan Motor Sdn Bhd bakal menawarkan produk trak pikap baharu di Malaysia, iaitu model JMC Vigus Pro 4x4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perlesenan teknologi kenderaan pada 1 Julai 2020, di mana ATM telah diberikan hak penuh untuk mengilang, memasang dan menjual JMC Vigus Pro 4x4, serta alat ganti dan komponen berkaitan di Malaysia.

ATM juga merancang untuk menawarkan trak pikap tersebut menerusi 13 cawangan pusat jualan dan servis di seluruh negara.

 

JMC

 

JMC Vigus Pro didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo diesel VGT yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 141 PS dan daya kilas 340 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

Sistem pacuan 4WD pula adalah daripada Borgwarner dengan tetapan mod 2H, 4H dan 4L, serta menampilkan Differential Lock belakang daripada Eaton.

Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro bakal didedahkan dalam bulan ini, dan pihak yang berminat boleh melihat model ini dengan lebih dekat di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.jmcmalaysia.com dan Facebook JMC Malaysia.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Digelar sebagai "The All-Essential Workhorse",  JMC Vigus Pro White Series kini menjadi antara…
Telah Diuji
Anda boleh dapatkan trak pikap 'berperisa' Jepun - Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mazda BT-50,…
Berita Domestik
Trak Aumark S City Flyer ini ditawarkan dalam dua versi, iaitu VDJD4 dengan jarak antara roda 2,800…