"Bermulanya tengah hari Selasa sehingga hari raya tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya.
Kami menanti kehadiran mereka yang ingin pulang ke Pantai Timur dengan hati terbuka dan memberikan khidmat terbaik supaya semua selesa," katanya.
Media melaporkan kesesakan teruk yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur ketika ini disebabkan oleh penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam kemas kini di akaun Twitter berkata, kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.
Bagaimanapun, pada jam 11 pagi Selasa, Anih memaklumkan kesemua lorong telah dibuka dan trafik dijangka beransur pulih.
Dalam pada itu, Ainul hasri Shah turut menjelaskan realiti sebenar tempoh masa diambil sekiranya berlaku kesesakan bermula dari Gombak ke Bentong.
“Ramai yang mengambil kira tempoh masa perjalanan dari kediaman mereka ke Bentong dan mengatakan mereka mengharungi lima hingga enam jam untuk sampai ke Gombak.
“Berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya jika berlaku kesesakan teruk bermula dari Gombak ke Bentong, tempoh masa yang diambil adalah sekitar 2 jam 45 minit ke 3 jam. Apa yang berlaku pagi ini tidak sampai sehingga lima jam kerana kesesakan itu tidak panjang dan selepas terowong Genting Sempah ia sudah berakhir," katanya.
- banyak betul dugaan orang Pantai Timur nak balik kampung, semoga kekal tabah -