Anthony Loke - Koc khas wanita dalam MRT laluan Kajang mulai bulan depan

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperkenalkan koc khas transit aliran massa (MRT) untuk wanita dengan permulaan membabitkan laluan Kajang bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah itu berikutan pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan dibangkitkan penumpang wanita dengan risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Beliau berkata, ia juga mengambil kira kadar aduan diterima Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkaitan gangguan seksual dalam MRT yang semakin meningkat.

Selain MRT, katanya MOT turut merancang untuk memperkenalkan koc khas untuk wanita dalam kemudahan transit aliran ringan (LRT) memandangkan ia berdepan cabaran besar kerana jumlah pengguna lebih tinggi.

"Koc ini (khas untuk wanita) adalah yang pertama membabitkan pengangkutan awam dalam bandar dan untuk percubaan, kita akan mulakan pertengahan bulan ini.

"Kami faham perasaan pengguna wanita...walaupun tiada desakan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita akan sediakan koc wanita Laluan MRT Kajang sebagai percubaan dan diikuti laluan lain selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Wanita DAP 2023 di Grand Centrio Mall, di Klang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Loke mengakui isu gangguan seksual adalah masalah besar dalam sistem pengangkutan awam dan ia bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara lain termasuk Jepun.

"Ini (pengenalan koc khas untuk wanita) dilakukan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna wanita dan saya mengambil tanggungjawab ini, walaupun saya lelaki dan ramai lelaki yang marah serta persoalkan perkara ini," katanya.

Setakat ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) satu-satunya pengangkutan awam yang memperkenalkan koc wanita yang menggunakan label warna merah jambu yang dilaksanakan pada 28 April 2010 .

Langkah itu dibuat bagi menarik perhatian penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus pengguna pengangkutan awam itu.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
Rapid KL memaklumkan, langkah tersebut merupakan inisiatif syarikat itu bagi menyahut seruan…
Informasi
"Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini," katanya…
Informasi
Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang…