Apa jadi dengan projek Ford Focus RS generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Ford telah pun memperkenalkan generasi baharu Ford Focus kira-kira dua tahun yang lalu, dibangunkan berdasarkan platform C2 yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih baik, ruang kabin yang lebih luas serta kadar ketegaran casis yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana pula dengan kehadiran model hot hatch Focus RS?

Ini kerana sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa projek Ford Focus RS ini dihentikan disebabkan regulasi peraturan emisi yang semakin ketat di UK, serta inisiatif Ford untuk mengurangkan kos.

Namun, dalam satu laporan daripada CarAdvice, wakil jurucakap Ford mengesahkan bahawa ia masih terlalu awal untuk membuat spekulasi berkenaan masa hadapan Ford Focus RS.

Tambah wakil itu lagi, kebiasaannya Ford akan melancarkan versi hot hatch lebih lewat dan tidak akan dilancarkan sekali dengan Focus standard.

Sebelum ini terdapat cakap-cakap yang menyatakan bahawa Ford Focus RS generasi keempat hanya akan dilancarkan pada tahun ini sebagai model tahun 2021, namun berita seterusnya mencadangkan ia berkemungkinan besar dilanjutkan ke tahun 2022 atau 2023.

Apapun, seperti yang telah dijelaskan oleh wakil Ford, masih terlalu awal untuk membuat telahan bahawa projek hot hatch Focus RS ini sudah menemui jalan buntu.

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek ini diterajui Sarjan Owen Messenger dan diubah suai dengan kerjasama sebuah saluran…
Berita Global
Syarikat automotif Korea, Hyundai mengumumkan perlantikan bekas ketua jurutera Ford RS, Tyrone…