Apa nak buat bila memandu dalam hujan dan banjir?

oleh Muhammad Md Tajudin|
GEMcarflood
GEMcarflood
Apa nak buat apabila berdepan dengan hujan dan banjir? Kami yakin persoalan ini sedikit sebanyak bermain di fikiran pemandu.

Impaknya ialah penglihatan terjejas dan pemanduan jadi mencabar apabila memandu di dalam hujan lebat.

Risiko meredah banjir pula ialah kita tidak pasti apa yang berada di depan atau terdapat lubang besar di permukaan jalan. Lebih parah apabila kereta tersangkut di tengah jalan raya.

Bagi menghadapi dua keadaan ini, kami bawakan kepada anda beberapa jawapan mengenai pemanduan selamat semasa hujan lebat dan banjir. 

Maklumat ini kami ambil dari Ketua Eksekutif GEM, Neil Worth iaitu sebuah persatuan keselamatan jalan raya di United Kingdom dan ditubuhkan pada tahun 1932.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
GEM

 

Kita pergi kepada asas dahulu iaitu apa yang menyebabkan pemanduan jadi merbahaya apabila hujan?

Ketika jalan basah air hujan bercampur dengan batuan seterusnya menjadikan jalan licin dan menyebabkan tayar hilang cengkaman. 

Air yang bertakung dan banyak di atas permukaan jalan pula boleh menyebabkan aquaplaning di mana air berada di antara tayar kereta dan permukaan jalan.

Apabila ini berlaku sukar untuk kereta dikawal seperti melaju, membrek atau memusing stereng. Keadaan ini ibarat kereta terapung di atas air.

Hujan juga boleh menjejaskan penglihatan dan menghidupkan lampu dapat membantu dan juga meningkatkan penglihatan orang lain kepada anda.

 

GEMCarlightsnight

 

Berapa kedalaman air dan bolehkah memandu dengan selamat?

Meredah sebarang kedalaman air boleh jadi merbahaya. Walapun kedalaman air hanya enam inci, ia boleh mencecah bahagian bawah kebanyakan kereta penumpang.

Jika air lebih tinggi, kereta boleh hilang kawalan atau enjin terhenti disebabkan air dapat memasuki ekzos atau saluran kemasukan udara.

Apa yang boleh dibuat untuk kurang risiko kereta terhenti?

Untuk kereta dengan transmisi manual, tekan klac sedikit dan pada masa yang sama tekan pedal minyak.

Ini membolehkan kereta bergerak dengan perlahan dan menghalang air dari memasuki paip ekzsos. Kekalkan gear sama sepanjang memandu di dalam air.

Untuk transmisi automatik, anda boleh cuba tetapkan kaki pada pedal minyak dan gunakan gear paling rendah. Kelajuan boleh dikawal menggunakan pedal brek.

 

DarkereveningsGEMMotoringAssist



Apa yang boleh dibuat apabila kereta terhenti di dalam banjir?

Jangan cuba hidupkan enjin kerana ia mendedahkan kepada risiko kerosakan besar. Keluar dari kereta dan pergi ke tempat tinggi terutama sekali apabila air semakin meningkat naik.

Buat panggilan kepada syarikat takaful yang dilanggani untuk kereta anda ditunda.

Apa yang patut dibuat selepas meredah air?

Pastikan brek berfungsi dengan baik. Keringkan brek dengan menggunakannya secara berhati-hati dan memandu dengan tenang beberapa kilometer selepas banjir.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Skrol muzik pun tak boleh     Undang-undang yang diperkemaskan di UK melarang pemandu…
Informasi
  Menurut GEM adalah penting untuk mengetahui bahawa bateri memang tidak akan tahan selama-…
Informasi
  Neil Worth, Pegawai Keselamatan Jalan Raya GEM berkata, "Lebuh raya biasanya adalah laluan…