Skrol muzik pun tak boleh
Undang-undang yang diperkemaskan di UK melarang pemandu menggunakan telefon mereka untuk merakam gambar atau video, permainan video dan skrol senarai muzik.
Di UK adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan alat peranti tangan bagi menghantar mesej atau membuat panggilan semasa memandu.
Walaupun begitu, terdapat pengecualian sekiranya berlaku kecemasan.
Menurut wakil GEM Motoring Assist, menggunakan telefon semasa kenderaan berhenti di dalam kesesakan jalan raya atau lampu isyarat juga adalah satu kesalahan dan termasuk dalam definisi memandu.
Berikut ialah panduan dari GEM tentang penggunaan telefon tangan dan memandu (UK):
1. Pemandu dibenarkan menggunakan telefon tangan apabila kenderaan diletakkan dengan selamat, enjin dimatikan dan brek tangan diaktifkan.
2. Jangan jawab telefon dalam apa jua keadaan memandu termasuk berhenti di lampu isyarat atau menunggu di dalam kesesakan jalan raya.
3. Pengecualian diberikan sekiranya berlaku kecemasan dan tidak selamat atau tidak praktikal untuk berhenti dan membuat panggilan ke pusat kecemasan.
4. Menggunakan kit bebas tangan juga tidak bermakna tiada risiko. Pemandu tetap boleh terganggu dan boleh didakwa kerana tidak berada di dalam kawalan (denda £100 / RM551 dan tiga mata penalti).
5. Ambil masa beberapa minit sebelum memulakan perjalanan dengan membuat panggilan penting atau memeriksa emel. Maklumkan kepada kenalan dan mereka yang lain anda tidak selalu boleh menjawab panggilan.
6. Rancang perjalanan berserta dengan masa berhenti untuk anda membuat panggilan, pesanan atau berinteraksi di dalam media sosial di dalam keadaan yang selamat.
Undang-undang penggunaan telefon tangan di UK
Undang-undang spesifik tentang penggunaan telefon tangan sambil memandu diperkenalkan pada Disember 2003 di mana pesalah boleh dikenakan denda sebanyak £60.
Jumlah itu dinaikkan kepada £100 pada tahun 2013 dan £200 pada tahun 2017 dan mata penalti sekali ganda.
Penulis: Muhammad Md Tajudin