Apa yang pemilik Volkswagen bakal alami semasa Hari Raya ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Volkswagen bukannya satu nama baharu dan rata-rata pengguna Malaysia sudah faham akan jenama ini.

Ia bukan hanya sinonim dengan rekabentuk yang menarik, tetapi ia adalah contoh produk terbaik yang memberikan anda kemewahan dan teknologi Eropah pada harga yang sama atau lebih mampu milik dari apa yang ditawarkan oleh sesetengah jenama Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang bercadang memiliki sebuah kenderaan baharu di hari raya ini, Careta senaraikan apa yang bakal anda alami sekiranya anda memandu pulang sebuah Volkswagen.

Dan jika anda memang sedang mencari sebuah Volkswagen, cuba lihat tawaran diskaun terkini di pautan sini.

 


Ramai kaum lelaki bakal lambat mandi raya

•    Seperti lazim, kaum lelaki akan berkumpul di halaman rumah dan berbual mengenai kenderaan.

•    Selain dari mengumpat Hezeri Samsuri dari Careta, mereka juga akan berbincang mengenai pilihan automotif masing-masing dan sekiranya anda membawa pulang Volkswagen baharu, ia pasti menjadi tumpuan.

•    Dengan rekabentuk yang jauh lebih "solid" dari jenama Jepun dan ruang kabin gaya Eropah yang modern dan kemas, mereka pasti akan lambat untuk naik mandi.

 

 

Gejala tidak mahu keluar dari kereta

•    Paparan meter pada model-model Highline Volkswagen contohnya ialah dari jenis LCD penuh dan datang dengan fungsi Active Info Display (AID).

•    Ia bukan sahaja cantik dan jelas, tetapi mampu memberitahu pelbagai informasi tentang keadaan Passat, Tiguan Highline, Golf R-Line, GTI atau Golf R.

•    Lebih serius lagi, kami syak tuan miliknya juga tidak pasti apa yang tertera di dalam skrin itu tetapi jika anda rajin belajar, ia adalah antara paparan meter terlengkap dalam segmennya.

 

 

Senaman kaki kerana Easy Open

•    Sistem keyless memang normal, dan kebanyakan kereta sudah menawarkan fungsi ini.

•    Selain dari memastikan semua kunci kereta anda lenyap ke dalam beg tangan isteri anda (sekali ia masuk ke dalam handbag, sukar untuk ia keluar kembali), ia memudahkan kita untuk masuk ke dalam kenderaan dan menghidupkan enjin.

•    Bagi sesetengah model Volkswagen seperti Golf, Passat dan Tiguan, ia mempunyai sistem keyless atau Keyless Access System (KESSY) di mana anda tidak langsung perlu menggunakan kunci untuk membuka pintu atau menghidupkan VW anda.

•    Untuk Passat pula (Comfortline dan Highline), ia mempunyai fungsi tambahan yang cukup menarik - Easy Open, di mana anda boleh membuka but tanpa menyentuh apa-apa! 

•    Hanya hulurkan kaki di bawah bamper belakang dan but akan terbuka secara automatik .

•    Pastinya akan ramai lelaki di dalam keluarga anda yang mahu mencuba fungsi Easy Open ini di pagi raya nanti dan tidak seperti fungsi yang hampir sama pada jenama lain, Volkswagen memastikan ia mudah dilakukan.

•    Pastinya mudah kerana sistem bukaan but tanpa sentuh ini pertama kali digunakan di dunia pada model Volkswagen Passat!

•    Ya, yang lain hanya "follower" sahaja.

•   Untuk melihat lebih lanjut berkaitan sistem ini, layari laman web di pautan sini.

 

 

 

Sindrom kaki pemalas pun ada

•    Antara musibat ketika memandu di jalan yang sesak ialah kaki anda sentiasa menekan brek bila kereta hadapan berhenti.

•    Sekali sekala, ia tidak menjadi isu tetapi bila perjalanan pulang mampu mengambil masa lebih dari 10 jam, angin marah mula akan menerjah masuk kerana kaki sudah lenguh.

•    Bagi pemandu Volkswagen yang dilengkapi dengan sistem Auto Hold, masalah ini dilupuskan terus. 

•    Apa yang anda perlu lakukan ialah pijak brek dan Auto Hold akan memastikan kenderaan tidak bergerak.

•    Kaki kanan anda kini bebas dan anda juga boleh menggarunya ketika jalanraya sesak teruk.

•    Sebenarnya, siapa yang pernah menggunakan Auto Hold pasti mahukan fungsi ini kerana ia benar-benar membantu! 

 

 

Ramai sakit mata

•    Antara ciri utama sebuah kereta Eropah ialah lampu hadapannya.

•    Ya, Perodua Myvi juga ada lampu LED tetapi Volkswagen Passat Highline contohnya mempunyai lampu LED penuh dengan DRL jenis LED yang mempunyai teknologi Dynamic Headlight Range Control dan Dynamic Cornering Light. 

•    Hasilnya, ramai yang akan terpatuk di hadapan Passat anda sambil mengamati lampu hadapan yang Careta boleh katakan antara yang terbaik di dalam pasaran di bawah RM250,000.

•    Jangan lupa, selain dari Passat Highline, Tiguan, Golfs, Beetle and Vento Highline juga mempunyai lampu-lampu LED yang canggih itu juga!

 

 

Ramai juga tak sakit mata sebenarnya

•    Memandu di dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya bertol ialah satu fenomena biasa setiap kali musim perayaan.

•    Anda penat, lapar dan mengantuk dan lampu kereta dari belakang yang menyilaukan pemandangan mampu membuatkan darah anda menyirap.

•    Nasib baik juga Volkswagen Beetle, Golf, Tiguan dan Passat hadir dengan cermin pandang belakang (rearview mirror) yang mempunyai fungsi "dimmer" yang mampu menghalang silaun dari lampu kenderaan di belakang dari sampai ke mata anda.

 

 

Pasu bunga ibu anda pasti akan selamat

•    Bila balik sekali-sekala, tak ada siapa yang akan menghafal di mana ibu kita meletakan pasu-pasu bunganya. 

•    Bila memarkir kenderaan, pasu-pasu itu terlalu rendah untuk dilihat tetapi cukup untuk mencacatkan cat bamper anda.

•    Masalah ini tidak akan berlaku kerana Volkswagen Golf (semua varian), Passat and Tiguan contohnya datang dengan sistem Manoeuvre Braking.

•    Bila objek itu sudah kurang dari 30 cm dari kenderaan, bunyi amaran akan dihasilkan berterusan.

•    Jika anda tetap bergerak, Manoeuvre Braking yang aktif secara automatik bila anda berundur dalam kelajuan 1.5 ke 10 kmsj akan menghentikan kenderaan anda secara automatik.

•    Oh ya, Manoeuvre Braking juga berfungsi jika anda bergerak ke hadapan juga!

 

 

Sensasi tempat duduk pemandu mesra Hari Raya

•    Masalah berat badan memang memuncak ketika Hari Raya.

•    Juadah raya yang sememangnya lazat dan menyelerakan akan membuatkan anda rasa "berat" dan ini menyukarkan pergerakan, terutama ketika keluar dan masuk dari kereta.

•    Untuk pemandu Volkswagen, ini tidak lagi menjadi masalah kerana dalam beberapa model Volkswagen, tempat duduk pemandu akan menggelungsur ke belakang secara automatik untuk memudahkan anda masuk atau keluar dari kenderaan anda. 

•    Fungsi mantap ini dipanggil Smart Entry Seat dan untuk model Volkswagen yang hadir dengan tempat duduk kawalan elektrik, anda boleh menyimpan dua setting atau profil posisi tempat duduk di dalam Personalisasi Pemandu.

•    Cadangan kami, Setting 1 untuk suami, dan Setting 2 untuk si isteri. Pasti anda tak akan gaduh lagi!

•    Ngam bukan? Hezeri Samsuri suka sangat fungsi ini!

 

 

Pergaduhan manja suami isteri 

•    Ada kenderaan Volkswagen yang dilengkapi dengan mod pemanduan.

•    Ia mengubah talaan enjin, transmisi, input stereng dan juga sistem gantungan agar Volkswagen anda lebih sesuai dengan "jiwa" pemanduan anda di kala itu.

•    Dari pengalaman penulis, pemilihan mod pemanduan yang hanya boleh dilakukan pada skrin utama itu boleh mencetuskan pergaduhan kecil kerana bila si suami mahu menggunakan mod Sport, si isteri secara automatik menepis tangan si suami dan memikih mod Comfort.

•    Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sampai ke destinasi nanti minta ampun dan maaf ya dari suami.

 

 

InsyaAllah anda pulang dengan selamat

•    Ini adalah kerana beberapa model Volkswagen datang dengan teknologi yang mampu mengesan sekiranya anda penat dan ia akan menyarankan anda untuk berhenti berehat.

•    Sistem Driver Alert ini menggunakan pelbagai pengesan untuk membaca cara pemanduan anda dan ia tahu sekiranya anda merasa mengantuk. 

•    Ia kemudian akan mengeluarkan amaran visual dan juga bunyi. Jika anda tidak berhenti dalam masa 15 minit, sistem itu akan mengulangi amaran tersebut.

•    Satu lagi fungsi yang membantu mengelakkan kejadian buruk dari berlaku ialah sistem Lane Assist.

 

Lane Assist VW

 

•    Kamera membaca garisan jalan dan ia mengawal stereng untuk memastikan anda tidak terkeluar dari laluan.

•    Ini mungkin nampak remeh tetapi bila anda memandu di waktu tengahari selepas menziarahi lima buah rumah dengan hidangan ketupat, serunding daging dan soto ayam Samad (ini resipi Parit Jawa sahaja), kadang-kadang gejala micro-sleep mampu membuatkan anda terbabas.

•    Lane Assist mampu membantu anda untuk terus berada di laluan. Jangan ditanya bagaimana penulis tahu.

•    Apapun, segalanya di tangan Tuhan tetapi sistem modern seperti ini ialah usaha anda untuk memastikan keluarga anda tiba ke destinasi dalam keadaan sempurna.

 

 

Untuk anda yang sudah memiliki Volkswagen, syabas dan bantu kami untuk buat yang lain faham kenapa anda bakal setia dengan jenama itu.

Sebagai balasannya, Volkswagen Malaysia menawarkan servis pemeriksaan pendingin hawa percuma untuk anda. Jika penapisnya perlu dinaik-taraf, ada diskaun sebanyak 20 peratus untuk alatganti itu (sehingga 30 Jun 2019).

 

 

Bagi yang mahukan tayar baharu sempena pulang beraya, Volkswagen juga menawarkan tayar Continental dari harga serendah RM184 sebuah dengan perkhidmatan pemasangan, penjajaran dan imbangan secara percuma (bergantung kepada pakej tayar anda). Promosi tayar ini berakhir pada 30 Jun juga. 

Jika anda masih tercari-cari kenderaan Hari Raya anda, mungkin tawaran promosi Hari Raya Volkswagen ini menutup tirai pencarian anda kerana dengan tawaran penjimatan sehingga RM15,000, bayaran bulanan dari serendah RM741 dan kadar faedah dari 1.88 peratus setahun, anda sebenarnya mampu memiliki sebuah kenderaan Jerman!


* Baca berkaitan promosi Hari Raya Volkswagen di pautan sini.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…