Apa yang sama pada Model 3, Model Y dan Cybertruck?

oleh HEZERI SAMSURI|
Demonstrasi produk Tesla Cybertruck yang berlangsung semalam untuk mengamal media membuktikan bahawa trak elektrik itu mempunyai banyak permainan teknologi baharu.

Antaranya ialah Steering By Wire, roda belakang boleh belok, sistem gantungan boleh laras ketinggian dan kepingan keluli tahan karat (stainless steel) yang digunakan sebagai kulit badan trak tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi yang terdapat di dalam trak itu yang sudah boleh dialami dengan memandu Model 3 dan Model Y.

Di bawah ialah senarai antaranya:

 

 

Sistem infotainment

  • Sistem yang sama digunakan, lengkap dengan kebolehan membuat update sendiri dan pelbagai ciri yang membuatkan Tesla unik dan cuba ditiru oleh kebanyakan EV, terutama dari China.

Butang pilihan gear

  • Cara pemilihan gear (P,R,N,D) sama seperti yang ada pada Model 3 Highland yang berada di pasaran sekarang.

Butang kawalan stereng

  • Sama seperti di dalam Model 3.

Penapis udara HEPA

  • Ini sama seperti yang digunakan di dalam Model Y.

 

 

 

OTA Update

  • OTA atau Over-The-Air Update ialah fungsi di dalam semua Tesla di mana pembaharuan pada sistem perisian boleh dilakukan secara atas talian, menggunakan kesinambungan internet kenderaan itu sendiri.
  • Ia bukan sahaja memberikan versi terkini perisian, tetapi ia mampu mengubah cara penggunaan sekiranya ada masalah pada fungsi-fungsi yang berlaku agar kenderaan masih boleh digunakan sehingga pemilik ke pusat servis.
  • Ia memang salah satu kelebihan Tesla yang masih tidak mampu dicapai oleh kebanyakan kenderaan dari jenama lain, terutama dalam julat harga kenderaan yang ditawarkan oleh Tesla.

Sistem navigasi pintar dengan anggaran jarak dan tenaga tepat

  • Sistem navigasi EV memang akan memberikan anggaran jarak perjalanan dan masa untuk sampai ke destinasi.
  • Ia juga akan mengambil kira jumlah trafik, keadaan topografi dan sebagainya.
  • Perbezaan dengan yang ada pada semua Tesla ialah anggaran tenaga itu dibuat berdasarkan jarak jalan raya, keadaan bentuk muka bumi (mendaki menggunakan lebih tenaga), keadaan cuaca (ribut bermakna angin dan arah angin menentukan penggunaan tenaga yang lebih, atau kurang), keadaan suhu cuaca (panas bermakna lebih banyak tenaga untuk sistem pendingin hawa), berat muatan dan sebagainya.
  • Kesinambungan internet kepada setiap Tesla digunakan bagi mencapai skala informasi itu dan kecerdasan ia untuk membuat anggaran.
  • Dalam erti kata lain, setiap Tesla ialah sebuah super komputer beroda.

 

 

Analisa penggunaan tenaga

  • Setiap Tesla mampu memberikan analisa penggunaan tenaga dan kemudian membantu anda untuk menggunakan tenaga dengan cara yang paling efektif.
  • Ini akan digunakan bila anda menggunakan sistem navigasi Tesla agar anda mampu sampai ke destinasi dengan penggunaan tenaga yang paling efisien agar anda kurang perlu singgah ke stesen pengecas.

Kad kunci

  • Seperti semua Tesla, sekeping kad adalah kunci untuk kenderaan itu.

Mod sentri

  • Ia sebenarnya ialah sistem anti kecurian canggih yang ada pada Model S, 3, X, Y dan Cybertruck.
  • Sentry Mode menggunakan kamera-kamera di luar Tesla untuk mengesan potensi kecurian yang boleh berlaku, contohnya jika ada individu yang bersandar pada Tesla anda.
  • Ia juga akan mengambil video akan cubaan atau sebarang pergerakan yang dikira ada potensi untuk menggugat.
  • Jika cubaan dipastikan, seperti tingkap dipecahkan, Sentry Mode akan bertukar kepada Alarm State dan mengaktifkan penggera, meningkatkan keterangan pada skrin utama di dalam kenderaan itu dan memainkan muzik pada kadar bunyi maksimum.

 

 

Tesla Vision

  • Ia adalah gabungan teknologi sistem kamera, algoritma penglihatan komputer dan pembelajaran mesin (machine learning) yang mampu mempelajari apa yang dilihat dan membuat tafsiran pintar akan keadaan persekitaran kenderaan.
  • Dalam erti kata lain, ia adalah mata untuk Tesla anda belajar tentang keadaan di sekelilingnya, samada ketikar sedang parkir atau bergerak.
  • Semua yang dipelajari oleh Tesla menggunakan pengkomputeran awan dan akan disimpan di dalam kenderaan itu sendiri dan storan awan.
  • Berapa kamera yang Tesla ada? Ia menggunakan sekurang-kurangnya lapan kamera!

Rekaan pek bateri berstruktur

  • Structural Battery Pack Design bermakna cara Tesla menyusun pek sel bateri 4680 yang digunakan di dalam setiap model Tesla.
  • Ia menggunakan konsep tangki bahan api di dalam sayap pesawat, di mana setiap pek bateri Tesla itu menjadi struktur kerangka yang menyambungkan bahagian atas dan bawah kenderaan tersebut.
  • Ini bermaksud pek bateri itu bukan lagi menjadi modul berasingan, tetapi menjadi satu binaan dalaman kerangka yang mengukuhkan keseluruhan badan kenderaan.
  • Ciri ini bukan sahaja mengurangkan jumlah komponen, tetapi mengurangkan saiz pek bateri itu sendiri dan meningkatkan kadar kecekapan tenaga dan memanjangkan jarak gerak.

 

 

Giga Casting

  • Ia adalah satu cara pembinaan kerangka kenderaan yang digunakan oleh Tesla bagi menghasilkan satu komponen struktur yang besar.
  • Contohnya, syarikat kenderaan lain mungkin menggunakan tiga atau empat komponen yang kemudian dikimpal bagi menghasilkan satu struktur belakang sebuah kereta.
  • Untuk Tesla, seluruh struktur itu dihasilkan sebagai satu komponen besar melalui mesin tuangan (casting machine) dan proses yang diberi nama Giga Presses.
  • Cara ini pada mulanya mendapat kritikan pemain industri automotif lain tetapi ia mula ditiru oleh syarikat automotif di China dan sejak penghujung tahun 2023, Toyota sendiri sudah mula mengkaji proses itu secara lebih mendalam.

Itu adalah sebahagian dari teknologi canggih yang sudah boleh anda alami bila memandu sendiri Tesla Model 3 atau Model Y.

Tesla memang sering berfikiran di luar kotak dan bila cubaan itu berjaya, Tesla tidak keberatan untuk berkongsi teknologi tersebut dengan syarikat lain agar penggunaan EV boleh diluaskan lagi.

Untuk melihat sendiri atau merasai sendiri ciri-ciri modern ini, anda boleh lawati tiga lokasi pameran Tesla di bawah:

  • Cyberjaya, Experience Centre
  • Pavilion Damansara Heights, Experience Centre
  • Sunway Big Box, East Wing, pameran dan uji pandu

Atau anda boleh terus lawati laman web Tesla Malaysia untuk mempelajari tentang model-model yang ditawarkan di sini, atau aksesori yang dijual, atau mungkin membeli baju atau barangan Tesla yang lain!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…