Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang baharu yang lebih besar, sistem gantungan "adaptive" yang meningkatkan kemampuan pengendalian, angkup brek warna merah dan lencana Ludicrous Mode pada bamper belakang.
Kemampuan Tesla Model 3 Performance memang jauh lebih baik. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 3.1 saat dan menawarkan jarak gerak sejauh 528 km menurut kiraan WLTP.
Kesemua model Tesla Malaysia layak untuk menerima insentif-insentif seperti harga jualan tanpa cukai import dan eksais duti, cukai jalan percuma dan rebat cukai pendapatan sehingga RM2,500 (juga terpakai untuk syarikat yang memajak EV).
Pembeli Model 3 dan Model Y juga boleh memohon program HCP2.0 jika menggunakan perkhidmatan sewa beli dari bank-bank terpilih Tesla.

Mereka yang layak akan menerima pengecas Tesla Wall Connector, kabel Type 2 dan rebat RM300 untuk kos pemasangan pengecas dari vendor terpilih Tesla.
Untuk memandu uji Tesla Model 3 Performance atau model-model Tesla yang lain, hubungi call 1-800-810-655 untuk temujanji.
Bagi yang mahu terus menempah Model 3 Performance, layari https://www.tesla.com/en_my/model3-performance.
Di bawah ialah spesifikasi dan harga-harga untuk kesemua varian Tesla Model 3 di Malaysia.