Aplikasi Google Maps mula papar amaran had laju, kamera perangkap kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat para pengguna aplikasi pemetaan Google Maps, apabila kemaskini terbaharu aplikasi tersebut bakal menyertakan ciri amaran halaju untuk jalan raya dan juga lokasi kamera perangkap had laju. 

Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Android Police, beberapa pengguna Google Maps daripada seluruh Amerika Syarikat menyedari kewujudan ciri tersebut pada aplikasi mereka. 

Ciri yang disebutkan diatas sebenarnya telah pun wujud dua tahun yang lalu, namun penggunaannya amat terhad kepada kawasan San Francisco Bay Area dan juga Rio de Janeiro. 

Bukan sekadar itu, Google Maps juga dikatakan bakal menyertakan peringatan kamera perangkap halaju pada aplikasi pemetaan tersebut. 
 

imej daripada Android Police

Namun, sedikit menghairankan apabila aplikasi Waze yang dimiliki oleh Google juga sudah pun memaparkan informasi kelajuan dan lokasi kamera perangkap halaju sejak sekian lama. 

Google juga sedang di dalam proses mengemaskini aplikasi pemetaan mereka dan ia dijangka akan mula diperkenalkan kepada pengguna global dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…