Apple buktikan pendapat bongkak Elon Musk

oleh HEZERI SAMSURI|
Apple telah mengumumkan untuk menghentikan perancangan mereka bagi menghasilkan sebuah kenderaan elektrik (EV) pada awal bulan lalu.

Secara tidak langsung, ia membuktikan kenyataan Elon Musk, CEO Tesla yang dibuat dalam tahun 2015 ketika wawancara beliau dengan sebuah akhbar dari Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa Apple ialah "Kubur Tesla", dan menerangkan syarikat peranti itu mengambil kebanyakan pekerja-pekerja yang telah dibuang dari Tesla.

Namun begitu, penerangan Elon tentang penghasilan sebuah kenderaan memang tepat. Elon berkata, membina sebuah kenderaan tidaklah semudah membina sebuah telefon pintar.

"Anda tidak boleh pergi ke Foxconn (vendor utama Apple) dan menyuruh mereka untuk bina sebuah kereta untuk anda," ujar Elon.

Ternyata apa yang dikatakan oleh Elon itu benar dan kerana Apple sudah menghentikan projek EV mereka secara rasmi.

Namun begitu, ada pakar industri yang berpendapat Apple melihat kesan peperangan harga yang berlaku dari pengeluar EV China serta kebangkitan semula konsep hidrogen dari syarikat kenderaan Eropah dan Jepun yang disokong oleh gergasi-gergasi petroleum di mana ia menunjukan Battery EV (BEV) mungkin bukan teknologi mutlak kereta di masa hadapan.

Apa pendapat anda?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang…