Jualan Tesla menurun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Buat pertama kalinya selepas pandemik, Tesla Inc melihat penurunan pada angka jualan mereka.

Syarikat itu telah menjual sebanyak 386,810 unit kenderaan untuk tiga bulan pertama tahun 2024, dan ia adalah jauh berkurangan dari angka 422,875 unit yang dibuat oleh Tesla dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini, nilai saham Tesla menurun sebanyak 33 peratus secara keseluruhan.

Alasan yang diberikan Tesla untuk penurunan itu adalah kerana kesukaran awal dalam proses pembuatan Model 3 terkini. Ia juga memberi alasan masalah laluan perkapalan akibat konflik Lautan Merah serta serangan bom api di kilangnya di Berlin, Jerman.

Namun begitu ketuanya, Elon Musk sudah memberikan "amaran awal" dalam bulan Februari lalu bila beliau berkata pasaran pembeli kenderaan akan melemah semasa musim sejuk.

Laporan media pula berkata sentimen pembeli di US yang kurang berminat untuk membeli kenderaan kerana kadar faedah yang meningkat turut memberi kesan.

Tesla mula memberikan tawaran diskaun US$1,000 untuk pembeli. Selain itu, Tesla juga mula membuat kempen-kempen pengiklanan dan kempen-kempen panduan membeli model-model dalam barisan produknya.

Di Malaysia, Tesla sedang melihat peningkatan jualan yang ketara berdasarkan maklumat sumber Careta dan paling menarik lagi, Cybertruck dijangka akan tampil di Malaysia dalam masa terdekat ini. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Siapa “Feds” Yang Siasat Tesla? Dalam laporan berita AS, perkataan “Feds” merujuk kepada pihak…
Berita Global
Jeffrey Bauer, 54 dan isterinya, Michelle, 55, adalah antara mangsa yang terbunuh selepas Tesla…
Berita Global
Sebaliknya, kesemua 10 unit Tesla Cybertruck itu disumbangkan oleh Ben Horowitz, seorang bilionair…