Aprilia lancar motosikal adventure Tuareg 660 2021 - 80 hp, 70 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Merancakkan lagi segmen motosikal adventure kelas pertengahan adalah pelancaran rasmi Aprilia Tuareg 660 baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia direka untuk menjadi sebuah motosikal serba ringan dan berkeupayaan menawan apa jua permukaan bumi, dan dalam masa yang sama mengekalkan semangat sporti yang dibawakan oleh model RS dan Tuono.

 


Dari segi kuasa, Aprilia Tuareg 660 didatangkan dengan enjin parallel twin 660 cc dengan output setinggi 80 hp dan daya kilas 60 Nm, jauh lebih tinggi berbanding Yamaha Tenere 700 (72 hp).

Selain daripada casis serba ringan (dan berat kering 187 kg), Tuareg 660 datang dengan kelengkapan pengendalian seperti fork hadapan 43 mm, penyerap hentak tunggal di belakang, serta jarak pergerakan suspensi sepanjang 240 mm.

 


Segala informasi penting jentera ini dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz lima inci.

Aprilia turut mendatangkan sistem kawalan yang lebih dinamik Aprilia Performance Ride Contol (APRC), empat mod tunggangan (termasuk dua yang boleh disesuaikan), ciri ABS yang boleh dimatikan pada kedua-dua roda, kawalan cengkaman, kawalan jelajah serta pemetaan enjin.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Aprilia Tuareg 660 hadir dengan nadi parallel-twin 659 cc yang sama didapati pada model RS 660 dan…