Aprilia RS660 2021 kini di Malaysia - bermula dari RM59,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan secara rasmi motosikal middleweight untuk pasaran Malaysia, iaitu Aprilia RS660 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelancaran Aprilia RS660 ini, ia menandakan kemunculan semula Aprilia di dalam segmen motosikal sport kelas pertengahan.

Dari segi kuasa, Aprilia RS660 didatangkan dengan enjin parallel-twin 660 cc yang menghasilkan 100 kuasa kuda @ 10,000 rpm dan daya kilas 67 Nm @ 11,200 rpm.

Enjin Aprilia RS660  ini menggunakan komponen yang sama didapati pada enjin V4, seperti kepala silinder dan kebuk pembakaran, dan ukuran bore 81 mm, sementara bahagian crankcase telah dipisahkan kepada dua bahagian secara melintang bagi memastikan struktur enjin yang lebih tahan lasak, dan dimensi enjin yang lebih kompak.  

Kuasa tersebut dipadankan dengan penggunaan transmisi enam kelajuan serta sistem penukaran gear pantas Aprilia Quick Shift (AQS).

 


Enjin Aprilia RS660 ini juga boleh diubah karakteristiknya seakan sebuah V-Twin dengan sistem pemasaan yang telah ditetapkan.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 15 liter dan bacaan penggunaan bahan api pula adalah serendah 4.9 liter untuk setiap 100 km.

Dari segi penampilan, Aprilia RS660 didatangkan dengan unit lampu LED tiga elemen yang menjadikannya lebih garang dan agresif, diikuti dengan fungsi lampu isyarat membelok terbina dan fungsi 'bending lights'.

 


Aprilia RS660 dibangunkan menggunakan casis dual-beam aluminium, disokong dengan fork hadapan USD Kayaba 41 mm dengan tetapan pra-muatan (jarak pergerakan 120 mm), sementara lengan ayun belakang assymetrical turut mendapat tetapan pra-muatan dengan jarak pergerakan 130 mm.

Aprilia RS660 menggunakan sistem brek Brembo yang terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor 320 mm, sementara belakang pula terdiri daripada angkup dua omboh dan rotor 220 mm, dibantu dengan sistem Cornering ABS.

Kedua-dua rim adalah bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar tanpa tiub radial Pirelli Diablo Rossa Corsa II masing-masing bersaiz 120/70 ZR 17 di hadapan dan 180/55 ZR 17 di bahagian belakang.

 


Sistem elektronik pula mendapat unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang membolehkan beberapa ciri keselamatan dimuatkan seperti kawalan cengkaman (ATC), kawalan wheelie (AWC), brek enjin automatik (AEB), kawalan jelajah (ACC), serta lima mod tunggangan (jalanan (Commute, Dynamic, Individual) atau litar (Challenge, Time Attack).

Segala informasi penting jentera ini dipaparkan menerusi skrin paparan TFR berwarna penuh yang mempunyai dua mod paparan iaitu Road dan Track, serta sambungan kepada peranti pintar Aprilia MIA.

Harga jualan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM59,900 dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Lava Red dan Apex Black.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu menampilkan ruangan pameran yang menawarkan barisan model Aprilia dan Vespa…