Art of Speed 2020 ditunda ke tarikh baharu (31 Disember 2020-3 Januari 2021)

oleh Mohamad Hanif|
Pihak penganjur Art of Speed Malaysia baru-baru ini mengumumkan penundaan tarikh acara The 9th Annual Art Of Speed Malaysia ke tarikh baharu, iaitu 30 Disember sehingga 3 Januari 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan tersebut dibuat memandangkan Malaysia kini dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang ketiga, dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada acara yang sepatutnya diadakan tidak lama lagi.

Namun, acara Hot Wheels Legends Tour Malaysia Virtual Finals masih tetap berlangsung di mana acara ini akan disiarkan secara langsung pada 12 November ini.

 


Selain daripada itu, Art Of Speed Malaysia melancarkan “AOS2020 Lucky Draw Combo” berharga RM20.00 termasuk:

1. 3 layer washable mask
2. Enamel Pin acara edisi terhad
3. Kupon cabutan bertuah
4. Sumbangan RM1.00 ke Autism Rangers dengan setiap pembelian
5. Tiada had pembelian, lebih banyak, lebih tinggi peluang menang!

Hadiah utama berupa sebuah Vespa Primavera Baru & pelbagai lagi hadiah menarik yang disumbangkan oleh penaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
AOS 2023 akan mengambil tempat di semua dewan acara bertempat di Malaysia Agro Exposition Park,…
Berita Domestik
Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu…