Art of Speed Malaysia 2023 - Bakal kembali dengan pelbagai acara baharu, tampilkan komuniti kustom antarabangsa

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia, Art of Speed akan kembali untuk tahun 2023 dimana ianya kini lebih meriah dengan pelbagai acara yang lebih besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AOS 2023 akan mengambil tempat di semua dewan acara bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) yang memiliki ruang seluas 350,000 kaki persegi.

Tentu sekali, dengan memanfaatkan keluasan ruang tersebut AOS 2023 bakal menjanjikan pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk dinikmati oleh pengunjung.

Acara AOS 2023 akan berlangsung di MAEPS pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

Bagi memeriahkan lagi acara terulung tersebut, AOS 2023 akan mengalukan kehadiran tetamu komuniti kustom dan media antarabangsa seperti:

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES (Jepun)
  • Cycle Zombies (Amerika Syarikat)
  • V-Twin Visionary (Amerika Syarikat)
  • Wild Road Choppers (Jepun)
  • Cosmic Chopper City (Jepun)
  • Geoff dari Return of Cafe Racer (Amerika Syarikat)
  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com (Jepun)
  • Side Yakotani (Jepun)
  • Hopping Shower (Jepun)
  • Boopin (Jepun)
  • Ken Flat Top (Jepun)
  • Jetwrench_artstudio (Jepun)
  • Vondutch (Indonesia)
  • Ya Seat (Thailand)

Antara tarikan utama terbaharu dan sedia ada pada Art of Speed Malaysia 2023 ialah:

  • Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”, dimana ia diadakan di kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal melihat pelbagai acara dan pertunjukan menarik.
  • Konvensyen  Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara, dimana pengunjung bakal menikmati lebih banyak lagi aktiviti Hot Wheels, paparan diorama - yang merangkumi Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi bertempat di Dewan B.
  • Debut pertandingan Hot Wheels Legends Tour yang akan menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa.
  • Pameran kereta modifikasi dari seluruh Malaysia pada Pesta NEAT yang dianjurkan dengan kerjasama bersama NoEqual.co bertempat di Dewan C.
  • Pameran Off The Grid juga akan kembali bertempat di dewan C yang akan menampilkan pameran dengan gaya hidup outdoor
  • Hail Vintage juga kembali bertempat di Dewan D yang akan menampilkan pameran pelbagai jenis koleksi vintaj.
  • Acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A bersama ahli panel dari luar negara yang akan dihoskan oleh Qhalis Najmi dari NoEqual.co.
  • Acara Show & Shine bertempat di Dewan A akan menampilkan pelbagai kereta dan motosikal dengan modifikasi terbaik.

Selain acara utama tersebut, AOS 2023 juga akan menampilkan aktiviti tambahan seperti:

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival anjuran Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ serta banyak lagi.
  • Streetware Con - pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG
  • Automotive Flea Market
  • Pelancaran produk di pentas
  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)

Apa yang menariknya pada tahun ini, pada penghujung hari terakhir acara AOS 2023, pengunjung dengan tiket bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Celica 1979 dengan modifikasi ‘air-ride suspension’.

Untuk AOS 2023, pas hujung minggu boleh dibeli sama ada di depan pintu atau atas talian pada harga RM35, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU boleh masuk secara percuma.

Pas Speed Lane juga akan dijual pada harga RM60, dimana anda boleh masuk sejam lebih awal pada jam 9.00 pagi yang sah untuk kedua-dua hari.

Pengunjung juga dapat menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D, dimana dewan mula dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari.

Kombo untuk pas SoundCircus Festival + Weekend Pass juga boleh didapatkan secara atas talian yang akan tersedia dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Keputusan tersebut dibuat memandangkan Malaysia kini dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang…
Berita Domestik
Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu…