Aruz guna 1 liter minyak untuk 15.6 km!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Aruz menerima lebih dari 2,200 tempahan untuk SUV 7-tempat duduk pertama mereka, Aruz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden dan CEO syarikat kenderaan nasional itu, Datuk Zainal Abidin Ahmad, SUV memang diterima baik oleh pasaran automotif dunia dan sebagai syarikat yang sering mendahulukan pelanggannya, Aruz dilancarkan untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasakan tren terkini di dalam sektor automotif.

Dua varian Aruz diperkenalkan, iaitu:

  • Aruz 1.5 X pada harga RM72,900
  • Aruz 1.5 Advance pada harga RM77,900


Walaupun Aruz ini dibina berdasarkan rekabentuk Daihatsu Terios, Perodua menggunakan 95 peratus komponen tempatan dalam penghasilan SUV ini.

Penggunaan produk tempatan menjanjikan pulang yang baik kepada negara dan Perodua kekal sebagai pengguna komponen tempatan yang tegar dikalangan jenama-jenama yang lain.

Toyota dan Honda juga mempunyai penggunaan komponen tempatan yang tinggi, memberikan mereka kelebihan di dalam menjamin harga produk mereka berdaya saing. 

Selain dari komponen tempatan yang tinggi, Aruz ialah model keempat Perodua yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dari kerajaan. 

 


Ia memberikan pulangan 15.6Km untuk setiap liter, yang terbaik di dalam kelasnya.

Aruz datang dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km, yang mana terdahulu.

Berikut merupakan perincian bagi SUV yang dijangka bakal menjadi model SUV terlaris di Malaysia.


Enjin

Empat silinder sebaris 1.5 liter 2NR-VE, menghasilkan kuasa sekitar 104 PS dan daya kilas 136 Nm. 


Transmisi

Automatik empat nisbah kelajuan

 

Kadar penggunaan bahan api

Perodua Aruz mencatatkan bacaan penggunaan bahan api sekitar 15.6 km untuk setiap satu liter, melayakkannya menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV). 

 

Varian 1.5 X


Varian 1.5 X menerima ciri seperti:

  • lampu utama LED
  • fungsi Follow-me-Home
  • rim aloi 17 inci
  • tempat duduk semi-bucket fabrik
  • corong pendingin hawa untuk baris belakang
  • alat pembaca tol terbina dalam
  • slot pengecasan USB
  • kamera undur
  • sistem hiburan skrin sentuh 
  • penghawa dingin digital dengan fungsi memori

 

Varian 1.5 AV 


Varian 1.5 AV pula hadir dengan kelengkapan seperti varian X, namun dengan ciri tambahan seperti

  • lampu jenis LED automatik
  • tempat duduk semi-bucket kulit
  • stereng kemasan kulit
  • rel bumbung
  • slot pengecasan USB dengan tambahan slot HDMI
  • alat perakam pemanduan bersepadu (DVR)

 

Ciri keselamatan

Perodua Aruz telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang di dalam ujian ASEAN NCAP, terima kasih kepada penawaran ciri yang standard untuk kedua-dua varian seperti:

  • enam buah beg udara
  • kawalan kestabilan kenderaan (VSC)
  • bantuan mula mendaki (HSA)
  • cagak ISOFIX


ASA 2.0

Sama seperti ASA yang terdapat pada Myvi di mana ia kini menerima penambahbaikan seperti

  • pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j
  • amaran pra-pelanggaran sehingga 100 km/j
  • amaran pergerakan kenderaan hadapan
  • kawalan kesilapan operasi pedal
     

Warna 


Lima warna pilihan tersedia untuk SUV Aruz ini seperti Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu Amazon Green.

Bonus buat para pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bermula 9 Januari akan layak menerima:

  • Perodua Auto Assist percuma
  • Penamaan pemandu percuma tanpa had
  • Elaun banjir sehingga RM1,000
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM10,000

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…
Berita Global
Kemaskini yang dibawakan adalah lebih bersifat kosmetik, di mana Terios 2023 ini didatangkan dengan…
Berita Domestik
Mangsa, pemandu Proton Exora, dikenali sebagai Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat…