Kenapa kerajaan gantikan Preve dengan Honda City?

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar Honda City dalam "uniform" Polis DiRaja Malaysia yang tersebar di Instagram Careta membawa pelbagai andaian positif dan seperti biasa, negatif.

Careta turun mencari info dan menurut sumber yang dipercayai, punca utama Preve diganti ialah kerana Proton tidak lagi menghasilkan model Preve.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan sementara Proton X50 pula masuk dalam kategori yang lebih tinggi (dan mahal) dari Preve. 

Oleh itu, dua model digunakan untuk menggantikan Preve, iaitu Honda City dan juga Perodua Aruz. Aruz dipilih kerana ia mampu membawa tujuh orang penumpang dengan kos yang sama dengan bajet yang diberikan.

Kenderaan-kenderaan itu bukan dibeli oleh kerajaan, sama seperti Preve yang digunakan sebelum ini. Ia menggunakan pakej pajakan yang termasuk kos penyelenggaraan dan kenderaan akan dipulangkan selepas tamat tempoh pajakan - lantas menjimatkan kerajaan dari segi kerugian akibat susut nilai.

Netizen juga pernah "meroyan" kerana kerajaan tidak lagi mahu menggunakan Proton Perdana dahulu. Namun begitu, selepas penerangan diberi, rakyat akur tentang kelemahan jenama nasional yang kekurangan model untuk digunakan bagi pihak kerajaan.

Seorang lagi penganalisa industri automotif yang ditemui Careta pula berpendapat bahawa penggunaan kenderaan-kenderaan dari jenama global lebih menguntungkan kerajaan.

"Alat ganti mereka jauh lebih murah dan kenderaan juga terbukti lasak. Kita tidak mampu lagi untuk membuat keputusan berdasarkan semangat patriotik kerana duit yang dijimatkan boleh digunakan untuk menambah-baik infrastruktur kepada rakyat," ujarnya.

"Lagipun, kerajaan membeli kenderaan-kenderaan jenama asing itu tanpa cukai, dan itu adalah penjimatan yang sangat ketara," sambungnya.

Untuk memahami apakah konsep pajakan dan kebaikannya kepada kerajaan, layari artikel pada pautan di bawah.

https://careta.my/article/kontrak-kereta-kerajaan-8-perkara-yang-tidak-diceritakan


 

Berita Berkenaan

Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…