Aston Martin DB12 2024 - nadi V8 671 hp, 800 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin baharu sahaja melancarkan model pengganti kepada grand tourer DB11 yang telah wujud di pasaran sejak dari tahun 2016 lagi, dinamakan sebagai DB12.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian muka depan.

Ia termasuklah penggunaan bampar baharu, rekaan jeriji baharu, unit lampu utama dengan rekaan yang berbeza, hud baharu, splitter dan lencana Aston Martin yang telah dikemaskini.
 

DB12


DB12 turut dilengkapi dengan rekaan rim baharu bersaiz 21 inci yang 8 kg lebih ringan berbanding rim 20 inci pada DB11, serta balutan tayar Michelin Pilot 5s yang direka khas untuk mengurangkan kesan bising ke dalam ruang kabin.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan lampu dengan grafik berbentuk C, diikuti dengan sepasang tip ekzos.

Casis DB12 telah direka supaya 7 peratus lebih keras selain membawakan komponen pembeza gelincir terhad elektronik, sistem suspensi yang telah ditala semula, serta peredam adaptif serba baharu.
 

DB12


Dari segi kuasa, Aston Martin DB12 membawakan nadi baharu bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang disumberkan daripada Mercedes-Benz, menghasilkan 671 hp dan 800 Nm.

Sistem transmisi automatik lapan kelajuan membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sebelum mencecah kelajuan tertinggi 325 km/j.
 

DB12


Sebagai perbandingan, prestasi DB12 lebih berkuasa daripada DB11 mampu menjana 528 hp dan 675 Nm, malah jauh lebih bertenaga berbanding nadi V12 5.2 liter (630 hp, 700 Nm).

Sistem brek seramik karbon bakal ditawarkan sebagai opsyen di mana ia berupaya menjimatkan sehingga 27 kg dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan brake fade semasa di dalam litar.
 

DB12


Masuk ke dalam ruang kokpit, pemilik akan disambut dengan roda stereng rekaan baharu, skrin kluster digital moden, skrin tengah 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan 11 pembesar suara serta keupayaan kemaskini over-the-air.

Bahagian konsol tengah sengaja direka tinggi yang menempatkan tuil penukaran gear yang minimalis, butang kawalan fungsi, serta kawalan berbentuk rotari untuk akses kepada mod pemanduan.
 

DB12


Butang untuk mengubah posisi tempat duduk sengaja dibubuh pada bahagian bawah konsol tengah.

Terdapat opsyen untuk sistem audio premium Bowers & Wilkins, tempat duduk Sports Plus atau Carbon Fibre Performance, serta pilihan trim kayu, aluminium atau gentian karbon.

Aston Martin DB12 akan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…