ASTON MARTIN TANGGUH EV, MAHU BANGUNKAN ENJIN HIBRID

oleh Firdaus Razani|
Jenama kereta sport British, Aston Martin baru-baru ini mendedahkan untuk menangguhkan pelancaran empat kenderaan elektrik (EV) dan fokus kepada pembangunan kenderaan elektrik plug-in hibrid (PHEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun, Aston Martin mendakwa ramai pelanggan masih mahukan kereta sport gas dan hibrid.

Pengerusi Eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll memberitahu media Autocar, syarikat kini telah menolak rancangan untuk melancarkan EV pertamanya pada 2025, dengan rancangan untuk memperkenalkannya pada 2027.

 

am

 

Satu platform EV khas yang baharu dibangunkan dikatakan akhirnya menyokong crossover yang lebih kecil, SUV, grand tourer, dan kemudian sejenis supercar berprestasi tinggi.

“Selagi kita dibenarkan membuat kereta ICE, kami akan membuatnya. Saya fikir akan sentiasa ada permintaan, walaupun ia kecil." tambah Stroll.

Strategi Aston Martin kini adalah untuk melabur dalam beberapa gabungan hibrid dan elektrik pada masa hadapan, untuk mengimbangi permintaan untuk rangkaian kuasa yang menarik.

Ia juga bakal memenuhi peraturan pelepasan sifar karbon yang lebih ketat di seluruh dunia.

 

am

 

Itu akan menjadi strategi baharu Aston Martin untuk menjaga keamanan dengan pelanggannya dan tadbir urus pasarannya.

Stroll berkata dia telah mengarahkan syarikat itu untuk "melabur dengan sangat banyak dalam PHEV," yang didakwanya harus "bermain untuk masa yang lama dan kami akan mempunyai tawaran yang luas”.

Stroll memberitahu Autocar bahawa pelanggan tidak berminat dengan model V6, jadi PHEV masa depan akan dibangunkan di sekitar V8 dan turut akan membangunkan rangkaian kuasa V12 hibrid.

Autocar melaporkan model PHEV baharu ini akan dijana daripada seni bina Aston sedia ada, dengan SUV DBX akan datang berkemungkinan menjadi yang pertama dengan rangkaian kuasa PHEV baharu.

 

am

 

SUMBER : Autocar UK, Motortrend

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…