Aston Martin DB12 mendarat di Malaysia, 671 hp, 800 Nm, dari RM1.1 juta

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun yang lalu, Aston Martin telah melancarkan grand tourer DB12 bagi menggantikan model DB11 yang telah berada di pasaran sejak 2016.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, model 'super grand tourer' tersebut sudah pun sedia untuk membelah jalan raya Malaysia, setiap satu dijual pada harga bermula dari RM1.1 juta.

Berikut merupakan info ringkas berkenaan Aston Martin DB12:

 

1. Platform lebih kukuh

DB12


Aston Martin DB12 menggunakan struktur casis aluminium terikat di mana aspek kekakuan kilasan telah meningkat sebanyak tujuh peratus, terima kasih kepada perubahan pada bahagian bawah badan, termasuklah pada pendakap silang enjin dan crossmember hadapan.

Naik taraf tersebut menekankan aspek ketegaran kilasan dan kekakuan sisi, diikuti dengan sistem suspensi yang telah ditala semula, peredam adaptif, serta sistem stereng elektronik yang telah dikalibrasi semula yang membolehkan DB12 ini mendapat manfaat dari segi pengendalian, keselesaan, serta menambahbaik hubungan antara pemandu dan kereta.
 

2. Nadi V8

DB12


Aston Martin DB12 membawakan enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 671 hp dan 800 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan, di mana pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sahaja, manakala kelajuan tertinggi 325 km/j.

Menurut Aston Martin, DB12 nyata jauh lebih berkuasa dengan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding model DB11.
 

3. Rupa paras lebih moden

DB12


Super grand tourer DB12 itu membawakan muka hadapan yang baharu, terima kasih kepada perubahan pada bampar hadapan, jeriji, unit lampu utama berserta lampu nyalaan siang DRL LED, hud serta lencana Aston Martin yang telah dikemaskini.

Di bahagian sisi, ia mendapat rim rekaan baharu bersaiz 21 inci dengan berat 8 kg lebih ringan jika dibandingkan dengan rim 20 inci DB11.

Keempat-empat sudut mendapat balutan tayar Michelin Pilot 5s yang direka khas untuk mengurangkan kesan bising menerjah ruang kabin.
 

4. Sistem brek

DB12


Aston Martin DB12 didatangkan standard dengan sistem brek cakera, dengan rotor berliang  dan bergerudi bersaiz 400 mm di depan dan 360 mm di bahagian belakang.

Ciri brake booster turut ditala kembali untuk respons pedal brek yang lebih berkesan.

Aston Martin turut menawarkan opsyen naik taraf brek seramik karbon (rotor 410 mm depan, 360 mm belakang) yang lebih ringan 27 kg, selain mampu mengurangkan kesan brake fade ketika sedang berseronok di dalam litar.
 

5. Ruang kabin rekaan baharu

db12


Susun atur papan pemuka DB12 merupakan satu anjakan besar jika dibandingkan dengan DB11, di mana ia kini menampilkan konsol tengah yang lebih tinggi dan sarat dengan pelbagai butang fungsi.

Pemandu akan disambut dengan roda stereng rekaan baharu, skrin kluster digital, skrin infohibur 10.25 inci, sementara di bahagian tengah terdapat butang pandu mula serta tuil penukaran gear yang diapit dengan kawalan suhu dan kelantangan sistem audio.

Terdapat juga sokongan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, kemaskini over-the-air, serta sistem audio dengan 11 pembesar suara.

Pembeli juga boleh memilih opsyen untuk melengkapkan DB12 mereka dengan sistem audio Bowers & Wilkins 1,170 watt dengan 15 pembesar suara.
 

6. Lima mod pemanduan

DB12


Aston Martin DB12 menawarkan sehingga lima mod pemanduan, iaitu GT, Sport, Sport Plus, Wet dan Individual.

Kawalan kestabilan kenderaan pula membawakan empat tetapan iaitu Wet, On, Track dan Off, di mana sistem ini dikawal oleh unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi.
 

7. Ciri keselamatan

DB12


Secara standard, Aston Martin didatangkan dengan ciri seperti ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Brek Hidraulik (HBA), Kawalan Daya Kilas Positif (PTC) dan Dynamic Torque Vectoring (DTV).

Ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Bantuan Suluhan Tinggi (AHB), Sistem Pengesanan Papan Tanda Trafik, Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), serta sistem kamera keliling 360 darjah.
 

8. Harga jualan

db12


Aston Martin DB12 kini sudah boleh ditempah dengan harga jualan bermula dari RM1,088,000* menerusi Aston Martin Kuala Lumpur, dengan pakej lanjutan jaminan sehingga 20 tahun.  

* tidak termasuk duti, cukai, opsyen dan pakej penyesuaian yang ditawarkan

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…
Pelancaran
DBX707 memperoleh namanya daripada jumlah output keseluruhan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar…
Berita Domestik
Pakej luaran dikenali sebagai Black Pack yang menampilkan item seperti layangan warna hitam pada…