Aston Martin DBX707 2022 - SUV paling berkuasa di dunia, 707 PS, 900 Nm, dari RM1,098,000

oleh Mohamad Hanif|
Selepas membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada Februari yang lalu, SUV terpantas di dunia Aston Martin DBX707 buat pertama kalinya muncul di rantau Asia Tenggara menerusi pelancaran rasmi di ibu kota, baru-baru-baru ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

DBX707 memperoleh namanya daripada jumlah output keseluruhan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang telah ditala semula itu.

Ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 707 PS dan daya kilas 900 Nm, terima kasih kepada penggunaan unit pengecas turbo jenis ball bearing, serta kalibrasi enjin bespoke yang menyumbang kepada peningkatan 157 PS dan 200 Nm berbanding model DBX lain.

Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan, dipadankan dengan LSD belakang elektronik (e-diff), dan nisbah pacuan akhir 3.27.
 

DBX707


Pecutan 0-100 km/j kini sepantas 3.3 saat sebelum ia mencapai kelajuan tertinggi 310 km/j, menjadikannya SUV mewah yang paling pantas dan berkuasa di dunia.

Sistem pemberhentian SUV pantas ini terdiri daripada brek seramik karbon (CCB) dengan rotor bersaiz 420 mm di depan dan 390 mm di belakang, dibantu dengan angkup enam omboh serta pengurangan berat unsprung sebanyak 40.5 kg.

Aspek pemanduan DBX707 ini dibantu lagi dengan penawaran mod pemanduan GT Sport dan Sport+, serta fungsi Race Start yang akan memberikan pengalaman yang lebih mengujakan di garisan permulaan.
 

DBX707


Sistem suspensi udara DBX707 ini adalah hampir sama dengan apa yang ditawarkan pada DBX V8 lain, namun ditambah baik dengan injap peredaman baharu dengan spring dinamik yang telah dikalibrasi semula untuk kawalan badan yang dipertingkatkan, serta respons stereng elektronik yang lebih baik.

Rupa paras luaran DBX707 ini ternyata lebih agresif, sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah SUV pantas, dengan rekaan gril besar dan bar krom melintang, lampu nyalaan siang LED serba baharu, serta modifikasi untuk sistem penyejukan yang lebih berkesan.

Bahagian belakang pula diserikan dengan kehadiran spoiler lip baharu pada sayap bumbung untuk mengurangkan kesan angkat dan menyumbang kepada kestabilan kelajuan tinggi, diikuti dengan diffuser berkembar dan empat tip ekzos berdiameter besar.
 

DBX707


Selain daripada penawaran standard seperti tempat duduk sports dengan larasan 16 tahap, sistem pemanas dan penyejukan terbina, kemasan venir Piano Black dan gugusan butang suis fungsi krom gelap, Aston Martin Kuala Lumpur turut menawarkan beberapa pakej menarik seperti Accelerate, Inspire - Comfort dan Inspire - Sport.

Tidak ketinggalan, pilihan penyesuaian yang lebih meluas ditawarkan oleh Q by Aston Martin bagi menjadikan SUV DBX707 ini lebih bersifat peribadi sesuai dengan imej pemiliknya.

Aston Martin DBX707 memiliki tanda harga jualan bermula dari RM1,098,000 atas jalan tidak termasuk cukai, opsyen, serta penyesuaian yang ditawarkan, serta perlindungan jaminan tambahan sehingga 20 tahun.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar di hadapan yang mampu…
Pelancaran
Kini, model 'super grand tourer' tersebut sudah pun sedia untuk membelah jalan raya Malaysia,…
Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…