Aston Martin DB6 daripada Lunaz, tidak cukup sebagai EV, perkakasan guna bahan kitar semula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aston Martin DB6 Lunaz
Aston Martin DB6 Lunaz
Selain kitar semula yang sering digunakan apabila berbicara tentang alam sekitar ada satu lagi perkataan iaitu upcycle.

Upcycle merujuk kepada proses penghasilan barang buangan atau lama kepada bahan baharu yang lebih bernilai tinggi.

Apa kaitan upcycle dengan kereta? Ini contoh yang dibuat oleh Lunaz pada model ikonik Aston Martin DB6.

Seperti hasil kerja lain, Lunaz menggantikan rangkaian kuasa asal untuk menjadikannya sebuah kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Bateri mempunyai kapasiti 80 sehingga 120 kilowatt-jam (kWj) dan tenaga boleh ditambah menggunakan pengecas pantas Combined Charging System (CCS). 

Sebagai EV, pemandu boleh menikmati kuasa 375 bhp dan jarak sejauh 410 kilometer. DB6 Lunaz ini berstatus kajian reka bentuk dan penggunaan bahannya unik dan menarik.

Kemasan kulit telur dan kulit kacang

Seperti yang dikatakan, permukaan papan pemuka, penukar gear dan pemegang cermin sukuan menggunakan kemasan komposit yang boleh diuraikan (biodegradable).

Bahan itu menjadi gantian kepada perkakasan plastik berasaskan minyak.

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Bahan yang terlihat mewah dihasilkan daripada kulit telur dan kulit kacang buangan dan diadun bersama pelekat organik dan boleh diuraikan.

Bahan tersebut juga 100 peratus alami dan boleh diuraikan.

Fabrik poliuretana (PU) berasakan bio

Panel pintu dalam menggunakan fabrik poliuretana (PU) berasaskan bio yang dihasilkan daripada campuran bahan berasaskan tumbuhan boleh baharu.

Di antaranya gentian berasaskan pulpa kayu dan jagung. Permukaan kusam yang unik mempunyai tekstur organik yang halus dan separa kilat.

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Binaan daripada pelbagai lapisan mengurangkan bahan mentah yang diperlukan dan tidak menjejaskan ketahanan atau kesenangan untuk menjaganya.

Kulit alternatif berasaskan bio

Alur riasan pada pelapik bumbung, kerusi dan panel pintu dalam dibuat daripada sisa epal.

Bahan itu dihasilkan daripada pengeluaran sider, jus dan manisan di dalam industri minuman.

Ianya digabung bersama poliuretana berasaskan air dan pulpa kayu bagi menghasilkan bahan lembut dengan rupa dan rasa seperti kulit yang bermutu tinggi.

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Serat fabrik kitar semula 

Fabrik yang digunakan pada bahagian atas kerusi dan riasan panel pintu dalam dihasilkan daripada 66 peratus kapas kitar semula daripada industri.

Bahan itu juga dibuat daripada 27 peratus poliester, 6 peratus sutera tiruan dan 1 peratus nilon dan direka khusus untuk bahagian yang kerap disentuh.

Satu lagi faedah ianya bebas daripada bahan per- dan polyfluoroalkyl (PFA) dan tidak mengandungi bahan yang tersenarai dalam Living Building Challenge Red List.

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Fabrik kitar semula

Untuk bahagian bawah kerusi, pereka Lunaz menggunakan fabrik baharu yang terdiri daripada 54 peratus poilester kitar semula, 35 peratus kapas dan 11 peratus nilon baharu.

Bahan tersebut dipilih untuk mendapatkan sentuhan dan visual sulaman dengan corak mata anak panah. Kapas dan poliester disusun kemas supaya tahan lasak dan cantik. 

Karpet kitar semula

Karpet lantai dan but menggunakan nilon yang dihasilkan daripada bahan buangan kitar semula seperti karpet dan jala ikan.

Turut digunakan botol plastik PET (polyethylene terephthalate) kitar semula.

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

Kulit karbon rendah

Walaupun bertemakan kitar semula dan upcyle, DB6 ini masih menggunakan balutan kulit pada beberapa perkakasan dalaman namun dengan kadar emisi rendah.

Keseluruhan emisi bagi mengeluarkan kulit tersebut sekitar 30 sehingga 50 peratus di bawah piawaian industri.

Kulit itu hasil daripada produk industri daging dan 100 peratus boleh diuraikan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin DB6 Lunaz 2023

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto Express UK, mereka yang berminat sudah boleh meletakkan tempahan…