Audi Malaysia lancar kempen Go electric, e-tron GT dengan Dynamic Package kini bermula dari RM599,990

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi di Malaysia mengumumkan kempen 'Go electric' dan 'Your Perfect Q, electrified' bagi mereka yang berminat untuk membeli barisan kenderaan elektrik Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000 disamping pengecualian duti yang ditawarkan oleh kerajaan sedia ada.
 

Audi


Menerusi kempen Go electric, Audi Malaysia kini menawarkan penurunan harga di mana e-tron GT quattro dengan Dynamic Package boleh dibeli pada harga RM599,990* sementara model RS e-tron GT pula berharga dari RM699,990*.

Terdapat juga manfaat tambahan yang ditawarkan kepada pembeli secara percuma seperti pengecas wallbox MOON (11 kW atau 22 kW), kredit JomCharge bernilai RM1,000 serta pengecasan DC 180 kW di mana-mana Audi Centre.
 

audi


Sementara kempen Your Perfect Q, electrified pula menawarkan program Audi Assurance Program (AAP) secara percuma untuk pembeli Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55.

AAP menawarkan pelanggan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta tambahan tiga tahun ke atas jaminan pengeluar sedia ada, menjadikan jumlah perlindungan selama lima tahun secara keseluruhan.

*tanpa pakej AAP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Telah Diuji
Atau lebih tepat lagi, SUV elektrik Audi Q8 e-tron 2023. Jika anda mengikut rapat perkembangan…