Recall : Audi Malaysia panggil semula segera untuk periksa, ganti beg udara Takata

oleh Firdaus Razani|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah mengeluarkan notis pesanan kepada pemilik Audi untuk segera memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat dengan program panggilan semula yang sedang dijalankan sekarang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet dan A5 Sportback yang dihasilkan di antara tahun 2009 dan 2012.

Selain itu, model Audi TT dan R8 yang dikilangkan bermula tahun 2014 hingga 2017 yang mana beg udara Takata dipasang pada bahagian pemandu.

Program ini juga merangkumi beg udara Takata untuk penumpang hadapan pada model Audi A4, A4 Cabriolet dan A6 yang dihasilkan di antara tahun 2005 dan 2011.

Setakat ini, tahap penukaran hanyalah 25 peratus iaitu 569 unit daripada jumlah keseluruhan 2,297.

Menurut maklumat yang disediakan oleh pengeluar Takata, generator gas pada beg udara hadapan Takata yang terjejas mungkin pecah apabila beg udara diaktifkan semasa kemalangan jika bahan dorong di dalamnya menunjukkan tanda-tanda dimakan usia.

Akibatnya, serpihan-serpihan besi daripada gas generator boleh masuk ke dalam kabin dan mendatangkan kecederaan parah kepada penumpang.

Justeru, pemilik dinasihatkan supaya memeriksa dan menggantikan beg udara itu secepat mungkin di pusat servis Audi bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi pada standard keselamatan terbaik.

Bergantung kepada pemasangan beg udara Takata dan model kereta, komponen bahan dorong atau modul penuh pemacu beg udara terbabit perlu diganti tanpa sebarang kos.

Sebagai tanda penghargaan, para pemilik akan menerima pemeriksaan 20 poin secara percuma.

Pelanggan boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat di laman web Audi dengan memasukkan Nombor Pengenalan Kenderaan (Vehicle Identification Number, VIN) yang boleh didapati pada bahagian bawah kiri cermin utama.

Selain itu, pemilik boleh menghubungi Audi Customer Service di talian 1-800-22-2834, emel ke [email protected] atau kunjungi mana-mana Audi Centre terdekat dan dapatkan temu janji untuk pemeriksaan percuma dan penggantian jika perlu.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin tiga silinder yang berkuasa 116 ps dan tork 220Nm ditawarkan di dalam varian A3 30 TFSI…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…