Audi RS6 Avant dari Mansory - wagon pantas 720 hp, 1000 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Audi RS6 Avant telah diperkenalkan pada tahun lalu sebagai sebahagian daripada ulang tahun yang ke-25 divisyen Audi RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Spesifikasi yang dibawakan oleh Audi RS6 Avant juga bukan calang-calang, nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar mampu menghasilkan 591 kuasa kuda dan 800 Nm dengan sistem pacuan semua roda Quattro dan transmisi Tiptronic lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa sekitar 3.6 saat.

Tidak cukup?

Boleh dapatkan Audi RS6-R Avant talaan ABT yang mampu menghasilkan sehingga 730 kuasa kuda dan daya kilas 920 Nm, serta berjaya mengurangkan 0.4 saat (3.2 saat) daripada catatan pecutan 0-100 km/j asal Audi RS6 Avant.

 


Namun, bagaimana jika nafsu anda kalah kepada godaan hawa nafsu sendiri walhal syaitan telah diikat ketika bulan mulia ini?

Ucapkan selamat datang kepada Audi RS6 Avant dari Mansory, dan nama Mansory itu sendiri mencadangkan spesifikasi yang lebih mantap, dan lebih bertenaga berbanding kedua-dua versi wagon itu tadi.

Jentera ini sepatutnya diperlihatkan pada acara Geneva Motor Show, namun disebabkan COVID-19, ia hanya dilancarkan dalam talian sahaja.

 


Sebut pasal kuasa, enjin V8 turbo berkembar itu telah diberikan talaan khusus bagi menghamburkan 720 kuasa kuda dan daya kilas sebesar 1,000 Nm!

Masa pecutan dari pegun ke 100 km/j hanya mengambil masa 3.2 saat.

 


Tidak sah nama Mansory sekiranya tidak hadir dengan kelengkapan yang lebih agresif, jadi Audi RS6 Avant ini telah dilengkapkan dengan modifikasi kosmetik seperti liang hud, spoiler hadapan, bumper yang serba agresif, skirt sisi, serta spoiler bumbung yang cukup besar di belakang.

Set tip ekzos berkembar di kiri dan kanan yang berbentuk oval pada model asal telah digantikan dengan set yang sama namun dengan bentuk bersegi.

 


Ia turut dihiasi dengan jalur dekoratif berwarna jingga serta set rim forged bersaiz 22 inci yang menghiasi ruang arca roda.

Kemasan jingga itu tadi turut diteruskan di bahagian kabin yang boleh didapati pada bahagian tali pinggang keledar, papan pemuka, alas lantai, serta tempat perehat tangan di panel pintu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…